Menu
in , ,

Tarikh Pelancaran Horizon Zero Dawn Ke PC Diumumkan, Saksikan Trailer Memukau Ini

Pada Mac lalu, Sony dan Guerrilla Games telah mengumumkan secara rasmi bahawa game yang pada asalnya adalah eksklusif untuk PS4, Horizon Zero Dawn akan dilancarkan ke PC.

Terbaharu, mereka telah mendedahkan tarikh pelancaran game open-world futuristik itu. Horizon Zero Dawn akan dilancarkan ke Steam dan Epic Games Store pada 7 Ogos 2020.

Edisi yang akan dilancarkan ke PC ini ialah Complete Edition, bermakna, pemain akan mendapat sekali DLC The Frozen Wilds.

Guerrilla mengumumkan tarikh pelancarannya ini dalam satu video terbaharu yang dikeluarkan. Dalam video ini, ia memaparkan gameplay dan grafik versi PC yang cukup memukau, serta mendedahkan bermacam settings untuk pemain sesuaikan dengan PC masing-masing, seperti sokongan ultra-wide, pengubahsuaian grafik yang lebih mendalam dan banyak lagi.

Jom tonton trailer ini:

Melihat apa yang Guerrilla mampu lakukan terhadap grafik dari game yang pada asalnya dilancarkan pada 2017 ini, kami semakin tidak sabar untuk melihat apakah yang mereka mampu lakukan dalam Horizon Forbidden West untuk PS5 kelak.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version