in , ,

Tarikh Pelancaran Gran Turismo 7 Didedahkan Untuk PS5, PS4 – Saksikan Trailer Terbaru

Di sebalik bermacam game story adventure yang diperlihatkan, Sony dalam acara PlayStation Showcase 2021 yang berlangsung awal pagi tadi tentunya tidak mahu ketinggalan dalam berkongsikan perkembangan terbaharu mengenai game perlumbaan simulasi mereka.

Sony dan Polyphony Digital telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk Gran Turismo 7, iaitu ia akan dilancarkan pada 4 Mac 2022 untuk PS5 dan PS4.

Dalam trailer terbaharu dan kenyataan di PlayStation Blog, Polyphony Digital telah berkongsikan beberapa ciri dan fungsi yang akan ditampilkan dalam game akan datang itu. Antara yang didedahkan setakat ini ialah GT Campaign, Livery Editor, Scapes, trek-trek legenda klasik, pelbagai jenis kereta dan tuning, simulasi perubahan waktu dan cuaca dan banyak lagi.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Uncharted 4, The Lost Legacy Versi Remastered Akan Dilancarkan Ke PS5, PC Awal Tahun 2022

Star Wars: Knights of the Old Republic (KOTOR) Remake Akhirnya Diumumkan Untuk PC, PS5