Setelah sekian lama kita menantikan, akhirnya Sony Interactive Entertainment dan Sucker Punch Productions telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk game Samurai yang ditunggu ramai.
Ghost of Tsushima akan dilancarkan pada 26 Jun 2020, eksklusif untuk PS4.
Dalam blogpost terbaru di laman web PlayStation, mereka telah mendedahkan banyak butiran baharu untuk game ini seperti tarikh pelancaran, trailer story, screenshot dan beberapa edisi yang akan dipasarkan.
Jom layan trailer story terbaharu ini:
Dalam trailer ini, kita dapat saksikan protagonis, bernama Jin Sakai, sebagai seorang Samurai yang telah tewas dan menjadi “hantu”, ingin membalas dendam terhadap tentera Mongol, diketuai keluarga Khan, yang telah melanggar tanah air mereka.
Di bawah adalah beberapa screenshot yang dapat kita lihat daripada trailer ini:
Selain itu, edisi yang akan dipasarkan juga telah didedahkan — iaitu Digital Deluxe Edition, Special Edition, dan Collectors Edition. Korang boleh dapatkan info lanjut tentang edisi-edisi ini di sini.
Sekali lagi, Ghost of Tsushima akan dilancarkan pada 26 Jun 2020, eksklusif untuk PS4.
Comments
Loading…