Prekuel kepada siri game ini akan menutup tirainya.

Life is Strange: Before the Storm, prekuel kepada Life is Strange, akan menutup tirainya dengan episod ketiga dan terakhirnya kira-kira dua minggu lagi. Life is Strange: Before the Storm Episode 3 akan dilancarkan pada 20 Disember ini.

Trailer penuh untuk episod ketiga ini akan dikeluarkan pada 1 pagi, 7 Disember nanti (waktu Malaysia), walau bagaimanapun, korang boleh layan dulu video acah berdurasi 15 saat yang telah dikeluarkan di bawah.

Berakhirnya siri prekuel ini mungkin akan membuatkan korang sedih, namun jangan begitu kerana satu lagi episod bonus dan istimewa akan dikeluarkan, iaitu berjudul “Farewell”. Episod ini pula adalah prekuel kepada Life is Strange: Before the Storm, yang mana ia akan menceritakan detik-detik sebelum Chloe berpisah lama dengan Max.

Buat masa ini, episod “Farewell” ini hanya diberikan kepada mereka yang membeli  Deluxe Edition.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.