in , , , , ,

Tarikh Pelancaran Episod Pertama Life is Strange 2 Diumumkan Dalam Satu Video Acah Terbaru

Kita akan kembali ke Arcadia Bay tidak lama lagi!

Square Enix dan Dontnod Entertainment telah mengumumkan tarikh pelancaran episod pertama untuk game naratif berat mereka, Life is Strange 2 dalam satu video acah terbaru. Game ini akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 27 September ini.

Video acah tersebut tidak memberikan sebarang info tambahan selain hanya mengumumkan tarikh pelancaran serta mendedahkan yang ia merupakan episod pertama daripada lima episod yang akan dikeluarkan.

Life is Strange 2 merupakan sekuel kepada game pertama Life is Strange yang dikeluarkan pada tahun 2015. Jangan lupa, minggu ini, mereka akan mengeluarkan sebuah game spin-off kepada siri game ini, iaitu The Awesome Adventures of Captain Spirit. Game spin-off ini dikatakan akan memberi klu kepada Life is Strange 2, dan paling menarik ia diberikan kepada semua pemain secara percuma.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bundle PS4 Bersama Fortnite Telah Tertiris, Dilaporkan Bakal Tiba 16 Julai Ini

Tiada Mode FIFA World Cup Dalam PES 2018? Patch Kan Ada!