Cyberpunk 2077 pada asalnya dijadualkan akan menemui para pemain pada 16 April 2020.
Walau bagaimanapun, dalam satu kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh CD Projekt Red, mereka telah mengumumkan penundaan tarikh pelancaran game ini.
Kini, Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 17 September 2020.
Dalam kenyataan tersebut, mereka mendedahkan bahawa pada ketika ini, game tersebut sudah pun siap dan boleh dimainkan, tapi ada beberapa perkara lain yang mereka ingin usahakan. Antaranya ialah untuk melengkapkan playtest, memperbaiki, dan menggilap lagi.
Mereka mengatakan lagi tentang bagaimana mereka mahu menjadikan Cyberpunk 2077 sebagai game terbaik mereka untuk generasi ini dan menunda pelancarannya akan memberikan beberapa bulan berharga untuk menjadikan game ini sempurna.
We have important news regarding Cyberpunk 2077’s release date we’d like to share with you today. pic.twitter.com/aWdtR0grYV
— CD PROJEKT RED (@CDPROJEKTRED) January 16, 2020
Sekali lagi, Cyberpunk 2077 akan dilancarkan pada 17 September 2020 untuk PC, PS4, Xbox One dan Stadia.
Comments
Loading…