in , , ,

Tarikh Pelancaran Crash Bandicoot N. Sane Trilogy Diumumkan, Bakal Tiba 30 Jun

Pertengahan tahun ini, kita akan kembali memainkan ikon yang cukup klasik ini.

Dalam blog post terbaru PlayStation, mereka telah mengumumkan bahawa Crash Bandicoot N. Sane Trilogy, iaitu game remastered untuk siri popular Crash Bandicoot akan dilancarkan pada 30 Jun 2017.

Crash Bandicoot N. Sane Trilogy bakal menampilkan 3 game pertama dari siri ini, iaitu Crash Bandicoot, Crash Bandicoot 2: Cortex Strikes Back and Crash Bandicoot: Warped. Remastered ini akan membawakan pencahayaan dan animasi baru serta cinematics yang ditambahbaik untuk 4K di PS4 Pro, dan soundtrack yang di-remastered sepenuhnya.

Ia juga akan menampilkan sokongan penuh analog stick, bersama dengan sistem save dan checkpoints serba baru.

Crash Bandicoot N. Sane Trilogy akan mengenakan harga sebanyak USD40 (RM178), yang mana ia tidak mengenakan harga penuh (USD60) seperti game-game AAA yang lain.

Pembangunan remastered ini pertama kali didedahkan pada E3 2016, dan nama rasmi untuk trilogi remastered ini diumumkan pada PlayStation Experience 2016.

[su_box title=”JomBeli!” box_color=”#ff0000″]Unit review Crash Bandicoot N. Sane Trilogy disediakan oleh NaGaming dan korang juga boleh dapatkan daripada mereka!

[/su_box]

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Ghost Recon: Wildlands Open Beta Bermula Minggu Ini, Pre-Load Sekarang!

Ghost Recon: Wildlands Open Beta Bermula Minggu Ini, Pre-Load Sekarang!

Hujung Minggu Ini Adalah Untuk Gamers! PS4 Dan Xbox One Tidak Perlu PS Plus/Live Gold Di Multiplayer

Hujung Minggu Ini Adalah Untuk Gamers! PS4 Dan Xbox One Tidak Perlu PS Plus/Live Gold Di Multiplayer