Setelah mengumumkan secara rasmi Call of Duty: Black Ops Cold War melalui trailer pertama, sehingga menimbulkan kontroversi di China, Activision telah mengeluarkan satu lagi trailer baharu yang mendedahkan lebih banyak butiran.
Berbeza dengan trailer pertama yang hanya memaparkan rakaman dunia sebenar, trailer baharu ini telah memperlihatkan babak sinematik dan gameplay daripada game itu sendiri. Menjadi sekuel langsung kepada Call of Duty: Black Ops yang dikeluarkan pada 2010, Black Ops Cold War akan berlatarbelakangkan pada era 1980-an.
Pendedahan utama daripada trailer ini pastinya tentang tarikh pelancarannya dan platform mana yang dikeluarkan. Call of Duty: Black Ops Cold War akan dilancarkan pada 13 November ini untuk PC, PS4 dan Xbox One, manakala akan dikeluarkan pula untuk PS5 dan Xbox Series X apabila konsol generasi akan datang itu berada di pasaran pada hujung tahun ini.
Di penghujung trailer, mereka telah menyatakan bahawa pendedahan lebih lanjut tentang Multiplayer akan diadakan pada 9 September ini. Kata mereka, ia akan memperlihatkan pengalaman generasi akan datang untuk Multiplayer dan mode Zombies.
Comments
Loading…