in , , , ,

Tarikh Pelancaran Battlefield V Dilewatkan, Tidak Mahu Tersepit Antara Red Dead Redemption 2 Dan CoD Black Ops 4

Battlefield V bukan lagi akan dilancarkan pada 19 Oktober ini.

Sebaliknya, DICE baru sahaja mengumumkan bahawa tarikh pelancaran baru Battlefield V ialah 20 November 2018.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di laman web rasmi, pengurus besar DICE, Oskar Gabrielson telah menjelaskan mengapa tarikh tersebut telah diubah ke suatu tarikh yang lebih lewat. Secara ringkasnya, perubahan ini dilakukan kerana mahu memperbaiki dan menggilap lagi gameplay utama yang akan dibawakan ke dalam game ini.

Beliau menyatakan bagaimana setelah mendapat maklumbalas daripada pemain yang telah mencuba semasa sesi alpha, kemudian membawakannya ke acara E3 dan Gamescom, DICE mahu memperbaiki game ini berdasarkan maklumbalas itu.

Melalui pemerhatian kami, perubahan tarikh ini bukan semata-mata untuk menggilap gameplaynya sahaja. Tetapi lebih kepada keputusan EA untuk tidak mahu sejarah Titanfall 2 berulang.

Titanfall 2 dilancarkan pada Oktober 2016, di mana ia tersepit antara dua buah game yang cukup besar ketika itu, iaitu antara Battlefield 1 dan Call of Duty: Infinite Warfare.

Dan EA tidak mahu tragedi ini berulang kepada Battlefield V pula, yang mana sekiranya dilancarkan pada 19 Oktober ini, ia akan tersepit antara Call of Duty: Black Ops 4 (12 Oktober) dengan Red Dead Redemption 2 (26 Oktober).

Perkara ini dikuatkan lagi dengan khabar angin sebelum ini yang mengatakan EA mempunyai pelan kontingensi sekiranya Battlefield V tidak mencapai hasil jualan yang diingini.

Sekali lagi, tarikh baru pelancaran Battlefield V ialah pada 20 November — untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Side Quest Yang Gagal Dalam Cyberpunk 2077 Boleh Beri Kesan Kepada Jalan Cerita Utama

Dapatkan Warhammer 40K: Space Marina Percuma!