in , , ,

Tarikh Pelancaran Battlefield 2042 Ditunda, Kini Akan Dilancarkan Pada November

Kira-kira sebulan sebelum tarikh pelancaran asal, game shooter akan datang dari DICE ini telah ditunda.

Pada asalnya dijadualkan pada 22 Oktober 2021, Battlefield 2042 kini mempunyai tarikh pelancaran baharu iaitu pada 19 November 2021.

Diumumkan di semua akaun media sosial rasmi , Pengurus Besar DICE, Oskar Gabrielson berkata membangunkan generasi seterusnya Battlefield semasa pandemik global telah mewujudkan cabaran-cabaran tidak terduga kepada pasukan pembangunan.

“Dengan situasi berterusan yang tidak membenarkannya [kembali kerja ke pejabat] dilakukan secara selamat, dan segala kerja keras pasukan kami lakukan dari rumah, kami merasakan mustahak untuk mengambil lebih masa untuk menyampaikan visi Battlefield 2042 untuk para pemain kami,” ujar Gabrielson.

Beliau turut sekali lagi mengingatkan yang sesi beta terbuka bakal tiba dalam bulan ini.

Battlefield 2042 akan dilancarkan pada 19 November 2021 untuk PC, PS5, Xbox Series, PS4, dan Xbox One.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Star Wars: Hunters Kongsi Trailer Sinematik Pertama, Memperkenalkan Beberapa Karakter Utama

Sony Umum Pulse 3D Wireless Headset Warna ‘Midnight Black’ – Konsol PS5 Warna Hitam Tak Lama Lagi?