in , , , , ,

Tarikh Pelancaran Baru No Straight Roads Diumumkan, Bersedia Untuk Muzik Rock Ogos Ini

Sepatutnya, hari ini, 30 Jun merupakan hari pelancaran No Straight Roads, namun game ini telah ditunda, diumumkan pada bulan lalu.

Terkini, Metronomik telah mengumumkan tarikh pelancaran baharu untuk game aksi bertemakan muzik ini. No Straight Roads akan dilancarkan pada 25 Ogos 2020. Harap tiada lagi penundaan selepas ini.

Bersama-sama dengan pengumuman tarikh pelancaran baharu ini, Metronomik turut telah mengeluarkan versi demo untuk para pemain cuba. Walau bagaimanapun, buat masa ini, versi demo ini hanya boleh dimainkan di Epic Games Store, dan belum ada lagi untuk platform lain. Dalam demo ini, pemain boleh mencuba level ‘Mother & Child’.

Selain itu, mereka turut mengumumkan beberapa runut bunyi dari game ini sudah boleh didengarkan di Spotify. Jom dengarkan No Straight Roads – Digital Mini-Soundtrack.

Satu trailer berbahasa Jepun (dengan sarikata bahasa Inggeris) juga telah dikeluarkan Metronomik bagi meraikan pengumuman tarikh pelancaran baharu ini. Jom layan:

No Straight Roads akan membawa pemain sebagai seorang ahli dalam kugiran rock, mempunyai misi untuk menentang empayar EDM. Genre yang akan diketengahkan ialah game aksi yang memfokuskan kepada muzik, namun ia bukanlah game bergenrekan rhythm.

Metronomik merupakan studio pembangun game yang berpangkalan di Malaysia, yang diketuai oleh Wan Hazmer, anak tempatan Malaysia, bekas pembangun di Square Enix yang menjadi lead game designer untuk Final Fantasy XV; serta orang kanannya untuk game ini ialah Daim Dziauddin, bekas concept artist untuk Street Fighter V.

No Straight Roads akan dilancarkan pada 25 Ogos 2020 untuk PC (Epic Games Store), PS4, Xbox One dan Switch.

What do you think?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Rindukan Game Racing Gaya Retro 90an? Memperkenalkan Horizon Chase Turbo

Rindukan Game Racing Gaya Retro 90an Yang Ada Splitscreen? Memperkenalkan Horizon Chase Turbo

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Julai 2020

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Julai 2020