Sudah bersedia untuk kembali ke era Perang Dunia Kedua?
DICE dalam blogpost terbaru mereka telah mengumumkan pelbagai info baru mengenai sesi open beta untuk Battlefield V.
Info yang paling ditunggu para pemain pastinya ialah tarikhnya. Sesi open beta Battlefield V akan bermula untuk semua pemain di semua platform pada 6 September ini.
Bagi korang yang melanggan EA Access, Origin Access, atau melakukan pra-tempah untuk game ini, korang akan mendapat akses lebih awal kepada open beta, iaitu bermula 4 September.
Semua pemain boleh pre-load fail open beta ini bermula 3 September, 4 petang (waktu Malaysia).
2 game mode akan boleh dicuba dalam sesi ini, iaitu Conquest dan Grand Operations. Conquest, tidak perlulah kami perkenalkan kepada korang, mode klasik dalam siri Battlefield yang seperti biasa bakal membawakan 64 pemain dalam satu game. 2 map yang akan boleh dimainkan untuk mode ini ialah Rotterdam dan Arctic Fjord.
Satu lagi mode yang dibawakan ialah Grand Operations, di mana pemain akan menghabiskan naratif Perang Dunia Kedua dalam masa dua hari (waktu dalam game), juga dengan 64 pemain. Sub-mode yang ada dalam mode ini ialah Airborne dan Breakthrough, dan mapnya ialah Arctic Fjord.
Tides of War juga akan diperlihatkan buat kali pertama dalam sesi beta ini. Ianya adalah fungsi naratif WW2 yang akan berjalan selama beberapa bulan (waktu sebenar). 5 bahagian daripada chapter Tides of War ini akan ditampilkan dan sesiapa yang melengkapkannya akan menerima dogtag eksklusif dalam game penuh Battlefield V nanti.
Battlefield V akan dilancarkan sepenuhnya di PC, PS4 dan Xbox One pada 19 Oktober ini.
Comments
Loading…