Tarikh untuk keluaran antarabangsa telah diumumkan bersama-sama edisi Black Box yang akan disertakan bersama figurin protagonis, YoRHa 2B.
Diumumkan di PlayStation Experience, NieR: Automata akan menemui pasaran antarabangsa pada 7 Mac nanti. Pada masa yang sama, NieR: Automata edisi Black Box juga telah diumumkan dan berharga pada USD189.99 (RM844).
Berikut adalah apa yang akan disediakan dalam NieR: Automata Black Box itu nanti.
- Kotak istimewa NieR: Automata yang akan menyimpan segala pakej yang hadir
- The Nier: Automata
- Figurin berkualiti tinggi untuk watak YoRHa “2B”
- Artbook yang mengandungi hasil lukisan dan illustrasi dalam diguna dalam proses menyiapkan Nier: Automata
- Steelbook case yang mempunyai eksklusif hasil lukisan pelukis terkenal, Akihiko Yoshida (Final Fantasy XIV / Bravely Default)
- Koleksi sountrack bagi Nier: Automata yang ditulis oleh Keiichi Okabe from Monaca, Inc. (Tekken / Drakengard / Nier)
- Pelbagai digital content, seperti: Machine Mask Accessory, Grimoire Weiss Pod, Play System Pod Skin, Retro Grey Pod Skin, Retro Red Pod Skin, dan Cardboard Pod Skin.
Square Enix telah berkongsi sedikit demi sedikit pelbagai info seperti gameplay dan screenshot bagi siri Nier: Automata yang kini sedang dibangunkan oleh PlatinumGames.
Comments
Loading…