CD Projekt Red dan Netflix telah mengumumkan tarikh mula tayang siri animasi Cyberpunk: Edgerunners.
Cyberpunk: Edgerunners akan boleh ditonton di Netflix bermula 13 September 2022. Kesemua 10 episod yang dihasilkan oleh Studio Trigger ini akan dilancarkan secara serentak.
Bersama-sama dengan pengumuman ini, mereka turut mengeluarkan sebuah trailer baharu yang tidak sesuai untuk tontonan umum (NSFW).
Selain itu, mereka turut berkongsikan sekeping poster baharu, menampilkan salah satu karakter penting dalam siri ini kelak, iaitu Lucy.

Comments
Loading…