in , , , , ,

Tarikh Closed Beta Untuk For Honor Diumumkan Ubisoft – Bermula 26 Januari

Asahkan senjata anda masing-masing, kita akan mula bertempur pada akhir bulan ini!

Ubisoft telah mengumumkan bahawa game pertempuran senjata jarak dekat, For Honor akan memulakan sesi beta-nya pada 26 hingga 29 Januari 2017.

Para pemain sesi beta ini akan menerima ganjaran istimewa yang bakal dibawa ke game penuh kelak – iaitu “Emblems of Old” di mana para pemain boleh hiasinya di senjata-senjata dan armor. Selain itu, setelah anda memilih untuk mewakili Knights, Vikings atau Samurai, leaderboard global “War of the Factions” akan dimainkan. Di akhir sesi beta, satu daripada tiga factions ini yang mengumpulkan mata tertinggi akan dinobatkan pemenang, seterusnya memperoleh ganjaran tambahan untuk game penuh nanti.

Untuk menyertai sesi Closed Beta ini, anda perlu mendaftar bagi mendapatkan akses. Sekiranya anda belum berbuat demikian, anda boleh daftar di laman web rasmi For Honor.

Sementara itu, layan dulu cinematic trailer yang dikeluarkan Ubisoft bagi mengumumkan sesi beta ini.

Game penuh For Honor akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 14 Februari 2017.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bila Peminat Tegar Assassin’s Creed Pergi Menonton Filem Assassin’s Creed!

Adam ‘343’ Shah Bakal Bersama Team DotA 2 Baru Bernama B)ears!