in , ,

Tarikh Baharu Acara Pertama PS5 Diumumkan, Berlangsung Jumaat Ini

Acara digital pertama PlayStation 5 sepatutnya diadakan pada minggu lalu, walau bagaimanapun ianya telah ditunda kerana ingin memberi ruang kepada protes ‘Black Lives Matter’ yang hangat di Amerika Syarikat.

Kini, Sony telah mengumumkan tarikh baharu acara tersebut, iaitu ia akan berlangsung pada 12 Jun, 4 pagi (waktu Malaysia).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan di PlayStation Blog, Sony menyatakan yang siaran yang telah dirakam lebih awal itu akan dimainkan dalam 1080p dan 30 fps. Resolusi dan frame-rate yang rendah ini adalah bagi memudahkan proses produksi yang mana kebanyakan pasukan dan pembangun mereka hanya bekerja dari rumah.

Sony menegaskan yang game-game yang akan diperlihatkan itu nanti akan kelihatan lebih baik apabila dimainkan di PS5 dengan 4K TV.

Malah, Sony menggalakkan para peminat untuk menonton acara digital itu nanti menggunakan headphone kerana akan ada hasil audio yang menarik akan diperdengarkan. Audio tersebut tidak akan dapat dihargai sekiranya mendengarkan acara itu dari speaker telefon atau laptop sahaja.

Seperti yang telah didedahkan sebelum ini, acara digital pertama PS5 ini akan berlangsung selama lebih daripada 1 jam — memperlihatkan game-game yang bakal tiba ke konsol generasi akan datang itu.

Buat masa ini, Sony masih lagi kekal menyatakan yang PS5 akan dilancarkan pada hujung tahun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

1GB Data Percuma PENJANA Tidak Boleh Mainkan 10 Game Mobile Ini – PUBG, Mobile Legends, Call of Duty

Jangan Sedih EURO 2020 Ditunda Kerana Korang Boleh Mainkan Dalam PES 2020 Sekarang