Apabila adanya taman tema untuk Nintendo, pastinya kita mahu mainkan Mario Kart dalam dunia sebenar, ya tak?

Tahun lalu, Nintendo telah umumkan bahawa jenama Nintendo akan dibawa ke Universal Studios Orlando dan Hollywood juga, selain Universal Studios Japan yang telah diumumkan lebih awal. Kemudian, mereka turut mendedahkan nama taman tema yang akan ditampilkan di dalam Universal Studios Japan nanti, iaitu Super Nintendo World.

Terbaru, Nintendo telah menghantar borang permohonan untuk mendapatkan tanda dagangan (trademark) daripada United States Patent & Trademark Office (USPTO) bagi nama “Super Nintendo World”.

Antara maklumat yang diletakkan dalam permohonan itu adalah “amusement park shows and special events at an amusement park” dan “organisation, management, or arrangement of kart racing”. Melalui ini, kita boleh mungkin menjangkakan bahawa Nintendo bakal menampilkan perlumbaan Mario Kart yang sebenar di dalam taman tema itu kelak.

Antara kegunaan menarik yang terdapat dalam taman tema itu kelak adalah “amusement machines and apparatus for use in amusement parks other than arcade video game machines”.

Di samping itu, antara senarai yang diletakkan dalam permohonan itu juga adalah perkara-perkara asas dalam sesebuah taman tema seperti perkhidmatan penginapan hotel, perkhidmatan restoran, sewaan venue acara dan banyak lagi.

Anda boleh baca permohonan itu di laman web USPTO.

JomKomen!