in , , ,

Tales of Beseria: Trailer Ke-3 Baru Release Oleh Majalah V-Jump!

Trailer baru yeay! Makin teruja kitorang lepas tengok trailer ni!

Majalah V-Jump dari Jepun hari ini telah pun release trailer ke-3 bagi game JRPG terbaru siri Tales of, iaitu Tales of Beseria. Jom layan!

https://youtu.be/OviA2xmroPk

Di dalam trailer ini, anda dapat melihat beberapa karakter penting yang sudah diumum dan belum diumumkan lagi oleh pihak Bandai Namco. Beberapa cutscenes animasi turut ditunjukkan.

JomBaca: Tales of Beseria: Memperkenalkan Rokuro Dan Eleanor!

Majalah V-Jump menyatakan bahawa lebih banyak info mengenai Tales of Beseria akan disediakan majalah tersebut pada 19 Mac 2016 ini!

Tales of Beseria mengisahkan tentang protagonist perempuannya, Velvet Crowe, seorang lanun yang boleh bertukar menjadi Daemon dek kerana satu insiden yang dinamakan Daemonblight tiga tahun sebelum kejadian di dalam Beseria berlaku.

Kepada mereka yang pernah bermain Tales of Zestiria yang keluar di PS4 tahun lepas, Tales of Besteria akan mempunyai lokasi dunia yang sama. Akan tetapi, kejadian dalam Tales of Beseria terjadi pada satu masa yang lampau daripada Tales of Zestiria.

Tales of Beseria bakal keluar pada console PS3 dan PS4 di Jepun pada tahun ini, 2016, dan di PS4 dan PC untuk NA/EU/Asia pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Penerbit GTA & Red Dead Redemption Tidak Merancang Untuk Keluarkan Game Setiap Tahun

Fantasy Mage: Boleh Beli Or Boleh Blah?