in

Tales of Beseria: Jom Berkenalan Dengan Eizen!

Adakah ini abang kepada Edna dari Tales of Zestiria? Jeng jeng jeng!

Jika sebelum ini korang dah berkenalan dengan karakter-karakter lain dalam Tales of Beseria, jom berkenalan dengan lanun kacak, Eizen!

Tales-of-Beseria-Eizen-001

Eizen adalah seorang lanun, dan merupakan First Mate bagi kumpulan lanun yang digelar Aifread PiratesFirst mate adalah gelaran bagi orang kedua in-command di atas kapal lanun yang dipilih para lanun.

Tales-of-Beseria-Eizen-002

Eizen juga dikenali sebagai “Death God”. Dia bekerjasama dengan protagonist, Velvet, untuk menentang musuh mereka, Seiryou. Eizen berumur 1,000 tahun, tetapi dirinya seakan baru berumur 30 tahun! Di dalam game, Eizen adalah seorang fighter dalam seni mempertahankan diri.

Tales-of-Beseria-Eizen-004

Ada ura-ura mengatakan bahawa Eizen adalah abang kepada Edna dari game Tales of Zestiria. Pihak developer pernah mengatakan bahawa dunia dari Beseria adalah sama seperti Zestiria tetapi timeline Beseria adalah lebih awal daripada Zestiria.

Daripada gambar yang dibawah dari Game Jouhou, korang nampak persamaan kasut Edna dan Eizen.

Tales-Of-Beseria-Eizen-Edna
Gambar dari Game Jouhou

Dalam salah satu skit yang boleh anda jumpa dalam Tales of Zestiria…….

[su_spoiler title=”KLIK SINI jika korang tak kisah spoiler dari Tales of Zestiria!” style=”simple” icon=”folder-2″]

Edna ada mengatakan bahawa kasut yang dipakainya adalah kepunyaan abangnya. Abangnya seorang Seraph yang telah bertukar menjadi dragon yang digeruni ramai. Seraph yang bertukar menjadi dragon adalah Seraph yang sudah pun dipenuhi dengan kegelapan di dalam hatinya.

[/su_spoiler]

Tales of Beseria bakal keluar di Jepun pada 18 Ogos 2016 pada platform PS3 dan PS4.

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

PES SEA CL Final: Livestream, Waktu Siaran, Hadiah & Banyak Lagi Maklumat Terbaru Diumumkan!

Halo 5: Jom Layan Gameplay Beta Untuk Warzone Firefight!