in , , , , ,

Tak Serik, Ubisoft Umum Satu Lagi Game Shooter Battle Royale Percuma – Tom Clancy’s Ghost Recon Frontline

Selepas kegagalan Hyper Scape, dan belum lagi melancarkan Tom Clancy’s XDefiant, Ubisoft telah mengumumkan satu lagi game shooter percuma (free-to-play).

Tiada angin tiada ribut, Ubisoft mengumumkan Tom Clancy’s Ghost Recon Frontline — sebuah first-person shooter (FPS) battle royale berskala besar yang dibangunkan dengan kolaborasi Ubisoft Belgrade, Ubisoft Craiova, Ubisoft Kyiv, dan Ubisoft Odesa.

Ia bakal dilancarkan untuk PC, PS5, PS4, Xbox Series, Xbox One, Stadian dan Luna pada suatu tarikh yang masih belum diumumkan. Fungsi cross-play akan disokong untuk kesemua platform.

Menurut deskripsi yang disediakan, Ubisoft berkata game ini akan membawakan lebih daripada 100 pemain dalam setiap mode yang ada, dan mode flagship mereka adalah Expedition.

Korang boleh saksikan dua video yang dikeluarkan — trailer pendedahan dan video penerangan oleh para pembangun — yang mana kedua-duanya mendapat dislike yang begitu banyak.

Butiran lanjut tentang Tom Clancy’s Ghost Recon Frontline boleh korang dapatkan di laman web rasminya.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Death Stranding Director’s Cut: Boleh Beli or Boleh Blah!?

Battlefield 2042: Edisi Standard PS5 Akan Turut Berikan Versi PS4