Mode Discovery Tour untuk game Assassin’s Creed: Origins kini boleh didapati untuk PS4, Xbox One dan PC. Ia merupakan sebuah mode pembelajaran yang membenarkan pemain untuk mempelajari tamadun Mesir Purba tanpa perlu menghadapi sebarang bahaya.
“Discovery Tour by Assassin’s Creed: Ancient Egypt” ialah tajuk rasminya dan ia boleh didapati secara percuma kepada sesiapa yang sudah memiliki game tersebut. Ia juga ditawarkan secara berasingan dengan harga USD20 (kira-kira RM78)
Dalam Discovery Tour, pemain bebas untuk berlegar-legar dalam peta dunia game tanpa sebarang sekatan dan boleh mencuba mode “tours” sebanyak 75 yang telah dicipta oleh Ubisoft dan pakar-pakar sejarah. Sesetengah darinya akan memfokuskan kepada perkara-perkara seperti Piramid Giza, proses mumia dan kehidupan Cleopatra.
Ubisoft berkata Discovery Tour merupakan “pengalaman yang unik yang terletak di antara hiburan dan pembelajaran”. Pakar sejarah yang bekerja di Ubisoft, Maxime Durand berkata bahawa guru sejarah mungkin akan menggunakan mode ini dalam kelas mereka.
Dalam mode ini, pemain boleh berjalan atau menaiki unta atau kuda di setiap kawasan dalam tamadun Mesir Purba untuk melawat kawasan seperti Alexandria, Memphis, Nile Delta, Giza plateau, Faiyum Oasis, dan Great Sand Seas. Pemain juga boleh berenang di Nile, memanjat piramid, berlatih parkour, dan menerbangkan burung helang. Malah tiada sebarang pertempuran, jalan cerita dan tiada had masa.
Comments
Loading…