Mungkin korang sedikit bingung membacakan tajuk di atas. Jangan risau, sebab penulis pun pening nak letakkan tajuk apa yang sesuai.

Dengan ironinya, The Irregular Corporation telah melancarkan game yang mendapat sambutan hangat di platform PC — iaitu game PC Building Simulator ke platform konsol pula. PC Building Simulator kini boleh dimainkan di PS4, Xbox One Switch.

Game ini berkisar tentang seseorang yang menjalankan bisnes bengkel membina PC. Apa yang menarik ialah ia akan membawakan perlatan dan perkakasan berjenama dari dunia sebenar.

Jadi, kepada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak untuk belajar membina PC, atau mungkin nak bina PC tapi tabung belum cukup, bolehlah cuba game ini.

JomKomen!