in , , , , , ,

Tahun Ini, Industri Gaming Lebih Untung Daripada Industri Filem Global, Sukan Amerika Utara Digabungkan

Kalau tahun 2020 boleh dirumuskan dengan satu perkataan, perkataan tersebut tentulah: pandemik. Dalam situasi global dibadai pandemik, banyak industri telah terjejas teruk, manakala ada juga industri yang meningkat baik.

Salah satu industri yang mengaut keuntungan yang memberangsangkan semestinya ialah industri gaming, di mana manusia lebih banyak meluangkan masa bermain game di rumah berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Menurut kajian yang dilakukan oleh MarketWatch, pada tahun 2020, industri gaming telah menjana pendapatan lebih tinggi daripada gabungan pendapatan industri filem global dan industri sukan Amerika Utara.

Melalui laporan ini, mereka menjangkakan bahawa pendapatan industri gaming global menaik sebanyak 20 peratus kepada USD179.7 billion (sekitar RM729.67 billion) sepanjang 2020.

Sebagai perbandingan, industri filem global mencecah USD100 billion (sekitar RM406.05 billion) pendapatan pada tahun 2019. Walaupun laporan ini tidak menyatakan berapa pula anggaran pendapatan industri filem global pada tahun 2020, pastinya ia jatuh mendadak disebabkan pandemik COVID-19 kerana kekurangan penonton yang datang ke pawagam.

Manakala pendapatan industri sukan Amerika Utara pula dianggarkan lebih daripada USD75 billion (sekitar RM304.54 billion) sepanjang 2020.

Pakar menjangkakan bahawa perkembangan kukuh untuk industri gaming ini akan diteruskan pada tahun 2021, lebih-lebih lagi dengan pelancaran konsol baharu PS5 oleh Sony dan Xbox Series oleh Microsoft, serta game-game baharu akan mendapat manfaat paling banyak daripada peningkatan ini, walaupun vaksin COVID-19 sudah mula digunapakai.

Lewis Ward, pengarah kajian gaming di IDC, yakin bahawa pada tahun 2021 akan menyaksikan masih ramai manusia yang belum mendapatkan vaksin COVID-19, maka, industri gaming akan tetap terus berkembang. Nyahpecutan industri gaming hanya akan mula kelihatan pada 2022.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Populariti Among Us Bagaikan Durian Runtuh

Among Us Mengumupulkan Separuh Billion Pemain Aktif Pada November 2020

Gambar Tertiris Ini Dikatakan Reka Bentuk Awal Nintendo Switch Yang Agak Buruk