Dalam tweet terbaru yang dikeluarkan, Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengumumkan sebuah esports mall sedang dalam perancangan untuk dibina.
Esports mall pertama yang akan dibangunkan di Asia Tenggara, ia merupakan hasil usahama dengan AirAsia dan AgriMind — bakal dikenali sebagai AirAsia Esports Centre.
Menurut beliau lagi, ia akan bertempat di Klang, Selangor.
“KBS [Kementerian Belia & Sukan] serius dengan perkembangan esports dan sentiasa menyokong usaha pemain industri esports untuk berkembang,” kata Syed Saddiq.
Buat masa ini, beliau masih belum mendedahkan sebarang maklumat lanjut mengenai esports mall ini. Sama-sama kita ikuti perkembangan pembangunan ini.
Syed Saddiq mengumumkan pembangunan ini semasa menghadiri Majlis Penutup WESG Malaysian Qualifier semalam. Para atlet esports Malaysia yang layak akan bertanding bagi SEA Qualifier yang akan dihoskan di Malaysia pada hujung tahun ini.
2. Saya berbesar hati mengumumkan AirAsia Esports Centre iaitu esports mall pertama diwujudkan di ASEAN antara usahasama AirAsia & AgriMind bertempat di Klang. KBS serius dgn perkembangan esports & sentiasa menyokong usaha pemain industri esports utk berkembang. pic.twitter.com/bgdu8M3okD
— Syed Saddiq 🇲🇾🌺 (@SyedSaddiq) September 23, 2018
Comments
Loading…