in , ,

Syed Saddiq: “Razer Sedang Lihat Potensi Untuk Bina Bandar Hiburan Digital Di Malaysia, Yang Pertama Di Asia Tenggara”

Hab esports Asia Tenggara.

Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama CEO Razer, Min-Liang Tan. Sumber: Facebook.

Hujung minggu lalu, Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengadakan lawatan rasminya ke Singapura. Seperti dilaporkan sebelum ini, antara fokus beliau dalam lawatannya ini adalah pembangunan esports dan pekerjaan belia.

Dalam kenyataannya terbaru, Saddiq mendedahkan yang beliau telah bertemu dengan CEO Razer, Min-Liang Tan serta berkongsi serba sedikit apakah yang telah dibincangkan bersama.

Antara perkembangan menarik yang beliau kongsikan ialah bagaimana Razer kini sedang melihat potensi untuk membangunkan Bandar Hiburan Digital (Digital Entertainment City) di Malaysia.

“RAZER sedang melihat potensi untuk membina Digital Entertainment City di Malaysia dengan kerjasama Kementerian Komunikasi [dan Multimedia] YB Gobind Singh dan MDEC [Malaysia Digital Economy Corporation]. Jika berhasil, ia bakal menjadi yang pertama di Asia Tenggara. Pelaburan masuk dijangka melebihi RM4 billion. KBS akan membantu dalam sudut pembangunan arena esports Malaysia pertama di sini.”

Dalam pertemuan yang berlangsung selama dua jam itu, Saddiq menjelaskan lagi tentang bagaimana industri esports ini akan memberikan impak kepada ekonomi negara secara keseluruhannya:

“Min Liang adalah bukti bahawa gamer juga adalah aset negara. Beliau memecahkan stereotaip buruk kepada gamer. Malah, ramai peneraju Silicon Valley dengan nilaian berbillion dolar juga adalah dari komuniti gamers sendiri.”

Esports is the present & the future. Ia bukan sahaja industri gaming, tetapi industri limpahan akan terhasil seperti industri digital, gaming developers, ecommerce, virtual reality tech, artificial inteligence dan ini memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.”

Akhir sekali, Saddiq turut mencadangkan Muar, Johor sebagai kawasan untuk dibangunkan bersama Razer.

“Saya juga mencadangkan kawasan Muar dibangunkan dengan kerjasama RAZER di Johor. Pelaburan swasta akan dibawa masuk untuk pekerjaan berimpak tinggi kepada rakyat.

Banyak lagi perbincangan akan dilakukan dengan digital business partners untuk menambah peluang kepada rakyat terutamanya generasi muda.”

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Sah! FIFA 19 Akan Bawakan Survival Mode Ke Dalam Mode Kick-Off

Epic Games Sahkan Fortnite Untuk Android Takkan Keluar Di Google Play Store Kerana Mahu Elak Yuran 30%

Hanya 12 Peratus Peranti Android Akan Boleh Mainkan Fortnite Dengan Baik, Dedah Epic Games