in , , ,

Syed Saddiq Mahu Jadikan Malaysia Sebagai Hab Esports Di Asia Tenggara, Akan Bertemu Dengan ESL Dan Razer

Angkat esports tanah air ke satu tahap baru.

YB Syed Saddiq bersama pasukan League of Legends dari Malaysia, Kuala Lumpur Hunters yang sedang bertanding di Singapura.

Dalam lawatan kerja rasmi beliau ke Singapura, Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengatakan yang beliau ingin menjadikan Malaysia sebagai hab esports di rantau Asia Tenggara.

Lawatan dua hari beliau ke Kota Singa itu akan mempertemukan beliau dengan Timbalan Perdana Menteri; Menteri Belia, Komuniti dan Budaya; dan Minister of State bagi membincangkan perihal esports dan pekerjaan belia.

https://twitter.com/SyedSaddiq/status/1025559734835806208

Dalam beberapa tweet lain, Saddiq turut mengesahkan setibanya di sana, beliau bertemu dengan ESL Asia; pasukan League of Legends dari Malaysia yang sedang bertanding di sana, Kuala Lumpur Hunters; serta Razer. Kata beliau:

“Pertemuan pertama saya bersama ESL Asia. Pemain utama dalam industri esukan. Ekosistem esukan Malaysia belum kukuh sistem sokongannya. Model perniagaan, rakan kongsi dan sokongan akar umbi sangat penting. Bandar seperti Cyberjaya berpotensi untuk menjadi hab esports.”

“Saya juga meluangkan masa di Hyperplay Singapore. Pasukan Kuala Lumpur Hunters (LoL) menang separuh akhir! Mereka mahu banyak lagi acara esports dianjurkan. Malaysia boleh contohi negara model China & Korea untuk pembangunan esports. Doakan mereka juara!”

“Esok pagi [hari ini] saya dijadualkan bertemu syarikat gergasi RAZER untuk pembangunan esports. Ini semua usaha KBS [Kementerian Belia & Sukan] untuk mengangkat industri esports di Malaysia dan peluang pekerjaan.”

Keinginan YB Saddiq untuk menaikkan industri esports tanah air sememangnya antara fokus belia sejak menjadi menteri. Baru-baru ini, beliau mengatakan kontroversi yang berlaku kepasa AirAsia Saiyan dalam kejohanan Mobile Legends di Indonesia membuktikan masyarakat Malaysia mengambil serius tentang esports.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Activision Dan Tencent Bekerjasama Untuk Bawakan Call of Duty Mobile Di China, Akan Jadi Free-To-Play

Sah! FIFA 19 Akan Bawakan Survival Mode Ke Dalam Mode Kick-Off