Moonton sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka merancang untuk menganjurkan kejohanan peringkat dunia untuk Mobile Legends di salah sebuah negara di Asia Tenggara.

Terbaru, mengulas tentang hasrat Moonton ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mengatakan yang Malaysia tidak menolak kemungkinan akan membida untuk menganjurkan Piala Dunia Mobile Legends, tahun depan.

Beliau menyatakan yang jika benar penganjuran Piala Dunia itu akan diadakan pada tahun depan, pihaknya akan cuba sebaik mungkin untuk membawa kejohanan itu ke negara ini.

“Kalau boleh kami akan cuba sebaik mungkin, nanti saya akan semak dengan pasukan KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN), begitu juga persatuan e-sukan kerana mereka pun ada persatuan antarabangsa. Kalau boleh memang kita hendak bawa Piala Dunia itu ke Malaysia,” kata Saddiq, lapor Bernama.

Apa komen pemain tegar Mobile Legends? Mampukah dan bersediakah kita untuk menganjurkan kejohanan berperingkat antarabangsa ini?

JomKomen!