in , ,

Syarikat Induk GTA Beli Studio Pembangun Top Eleven, Ketuk Pintu Game Mobile Bola Sepak

Syarikat induk kepada 2K Games dan Rockstar Games, Take-Two Interactive telah mengambil-alih studio Nordeus dengan nilai sebanyak USD378 juta (sekitar RM1.56 billion).

Nordeus terkenal sebagai pembangun kepada game pengurusan kelab bola sepak popular di platform mobile, Top Eleven, yang memiliki lebih daripada 240 juta pemain berdaftar.

Pengambil-alihan ini menyaksikan buat julung kalinya Take-Two akan terlibat secara langsung dengan pembangunan game bola sepak. Sebelum ini, syarikat gergasi tersebut sudah sinonim dengan game-game sukan lain seperti siri NBA 2K, WWE 2K, dan PGA Tour 2K.

Menurut Gamespot, pasukan pengurusan Nordeus akan terus mengemudi studio tersebut bersama-sama dengan lebih 180 pekerja sedia ada mereka.

Menarik untuk kita saksikan apakah perancangan Take-Two untuk Nordeus. Apakah Take-Two akan membiarkan dan meneruskan apa yang Nordeus lakukan di arena mobile, atau akan menggunakan kepakaran studio tersebut untuk membangunkan francais bola sepak yang baharu untuk PC dan konsol?

Sama-sama kita nantikan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Controller PS5, DualSense Warna Hitam, Merah Akan Dilancarkan Di Malaysia Minggu Depan, Harga Diumumkan

Screenshot Dari Gameplay Battlefield 6 Pula Tertiris, Memaparkan Beberapa Kenderaan Moden