in

Sword Art Online: The Beginning: NerveGear Yang Betul-Betul, Bukan Cobaan!

LINK START! Fuh macho gila main Sword Art Online (SAO) Virtual Reality ni dengan NerveGear yang sebenar-benarnya!

IBM Japan telah mengeluarkan beberapa screenshots terbaru dari game virtual reality SAO: The Beginning, termasuklah tayangan pertama NerveGear yang sebenar-benarnya!

SAO-The-Beginning-Nervegear

Bagi yang tidak tahu, NerveGear adalah alat VR yang digunakan di dalam dunia Sword Art Online untuk para gamers memasuki alam SAO. Diinspirasikan dari ini, IBM Japan turut mereka cipta NerveGear yang sebenar untuk digunapakai semasa korang bermain game SAO: The Beginning nanti.

SAO-NerveGear-Anime-001
NerveGear dalam anime SAO

NerveGear ini direka menggunakan Oculus Rift DK2, dan dilengkapi dengan pelbagai sensors yang akan mengesan pergerakkan kaki anda. Ia juga bakal menggunakan Kinect v2. 

IBM Japan turut juga menghadiahkan beberapa in-game screenshots. Serius kami katakan, cuak jugak kalau main game VR ni kalau kena berhadapan dengan Baphomet yang bapak besar gila. Gerun!

SAO-The-Beginning-004

SAO-The-Beginning-002

SAO-The-Beginning-003

SAO-The-Beginning-001

Satu alpha test akan diadakan diantara 18-20 Mac 2016 di Tokyo. IBM Japan memilih 208 peserta secara rawak dari 100,000 penyertaan. Mungkinkah beta tester Kirito ada dikalangan mereka? He he.

Jom Baca: Sword Art Online: The Beginining: VR MMO Bakal Menjadi Realiti!

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Teenage Mutant Ninja Turtle: Mutants In Manhattan Sudah Ada Release Date!

Dapatkan Sekarang Weapon Skin The Division Dalam Rainbow Six: Siege!