in ,

Surf World Series: Macam Game Tony Hawk’s, Tapi Di Atas Ombak!

Sebuah game surfing sedang dibangunkan – Surf World Series tampilkan trailer pengenalan!

Climax Studios yang pernah membangunkan Silent Hill: Shattered Memories dan barisan game Assassin’s Creed Chronicles – kini sedang membangunkan Surf World Series.

Simon Gardner, CEO Climax Studios berkata, “Surfing adalah sukan yang jarang dijadikan video game, jadi kami mahu membawa keseronokan surfing di dalam game bergaya arcade yang memerlukan korang menawan ombak dan mengumpul markah tertinggi!”

Khabarnya game ini akan menampilkan 5 destinasi surfing (termasuk Hawaii dan Portugal), 45 mission single player, mode-mode multiplayer 16 orang dan sistem ranking dan customisation bagi surfer korang.

Surf World Series akan diterbitkan tahun hadapan bagi platform PC, PlayStation 4, dan Xbox One.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Cyberfusion 2016: 10/10 Wajib Join Lagi Acara LAN Party Rekod Dunia Ini!

Bekas Presiden Konami Europe, Shinji Hirano, Kini Presiden Di Kojima Productions!