in , , , ,

“Super” Street Fighter V Akan Datang Dengan Expansion Percuma, Story Kedua & Karakter-Karakter Baru?

Sebuah khabar angin mula bertiup di Reddit – menurut thread ini, nampaknya Capcom mempunyai rancangan besar untuk masa hadapan Street Fighter V!

Menurut Redditor Rikurikumore, yang sebelum ini mendedahkan roster karakter Marvel Vs Capcom: Infinite – beliau mendedahkan bahawa update yang besar dengan karakter-karakter baru akan datang ke Street Fighter V!

Abigail
Menat the Fortune Teller yang muncul di dalam character story Ed.
Zeku

Menurut thread tersebut, Rikurikumore berkata karakter lain bagi Season 2 Street Fighter V adalah Abigail, Menat dan Zeku. VesperArcade, seorang Youtuber juga telah menghasilkan video untuk karakter Abigail dan Menat.

 

Expansion besar-besaran “Super” Street Fighter V ini nanti akan menampilkan:

  • Cinematic Story Mode kedua
  • Arcade Mode
  • Extra Battle
  • PvE Mode menentang Illuminati
  • Mechanics baru
  • Critical Arts baru!
  • Penambahbaikan UI
  • 6 karakter baru – Sagat, Sakura, Oro, C. Viper, Q dan Necro!

Rikurikumore turut memetik tweet dari Alex Valle dari Mei lepas yang seperti “mengesahkan” karakter-karakter baru ini.

Adakah khabar angin ini akan menjadi kenyataan? Atau, adakah ianya sekadar mimpi di siang hari seorang Redditor? Sama-sama kita nantikan!

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

18 Video Game Paling Kami Tak Sabar Untuk Saksikan Di E3 2017

Eh, Bully 2: Kevin’s Back Jack Untuk PS4 Leak Di Laman GameInformer?