Ini betul nama dia ultimate kalau semua karakter dari siri ini sama ada DLC atau tidak, kembali beramai-ramai memeriahkan Super Smash Bros Ultimate.
Kalau nak kitorang senaraikan semua karakter yang kelihatan dalam trailer ini memang tak cukup tangan. So korang layanlah video 20 minit ini dan ‘wow’ sendiri.
Terdapat lebih dari 62 karakter Smash yang pernah berada di dalam Smash akan kembali. Tambahan pula karakter baru yang amat tak disangka turut sertai seperti Snake (Metal Gear Solid) dan Ridley (Metroid) boleh menjadi pilihan. Tidak termasuk assist character juga akan membawa lebih dari 50 assist characters.
Stage perlawanan juga semakin bertambah dengan map baru dan redefine edition map lama untuk menyusaikan diri dengan grafik generasi terkini. Setiap stage mempunyai versi biasa, Battlefield, Final Destination dan Omega. Versi Omega berasal dari Smash 4 di mana kesemua obstacle dan platform di buangkan untuk game yang lebih direct.
Antara stage confirm yang akan kembali adalah Green Greens, Spear Pilar, Midgar, Kongo Falls, Lylat Cruise, Princess Peach’s Castle, Spirit Train, Frigate Orpheon, Green Hill Zone, New Pork City, Wrecking Crew, Tortimer Island, Moray Towers, dan Great Plateau Tower dari Zelda: Breath of the Wild.
Tambahan mekanik taktikal untuk membuat gameplay lebih mengancam! Tekan dan hold untuk membuat rapid strike attack, gunakan smash attack untuk hentikan wave dashing, attack sambil panjat tangga. Dodging dan air movement dihaluskan, so senang sikit nak panjat balik ke atas Stage! Namun kekerapan dodging membuat karakter lebih lemah untuk dipukul. Menekan A+Jump membolehkan short hop attack ketika berlawan. A + B untuk Smash attack dan belajar untuk block perfectly dengan menekan Shield di timing frame yang betul. Damage menjadi lebih tinggi apa bila berlawan 1v1 meweujudkan lagi feeling kompetetif.
Ok ok dah banyak sangat tu nak baca, kita pergi ke bahagian peripherals pula!
Controller GameCube boleh digunakan di Switch untuk mendapatkan feel zaman GC dahulu. Semestinya controller ini kena beli dahulu.
Kesemua amiibo Smash Bros boleh digunakan, malah amiibo dari siri lain juga boleh digunakan asalkan karakter tersebut berada dalam game Smash Ultimate.
Untuk pengumuman game sedia ada di E3 2018 tahun ini, sememangnya Smash Ultimate adalah paling gempak dan paling ditunggu. Tarikh pelancaran Smash Ultimate adalah pada 7 Disember 2018.
Comments
Loading…