in , ,

Super Mario Run Sudah Boleh Didapati Untuk iOS, Begitu Mudah Sehingga Korang Boleh Main Sambil Makan Kek!

Demonstrasi oleh penciptanya Mario sendiri!

Super Mario Run kini boleh didapati untuk semua peranti iOS dan ini adalah pertama kalinya watak tersebut berada didalam arena mobile game. Pemain akan berusaha mengumpul markah tertinggi sambil menewaskan musuh-musuh tradisi didalam Mushroom Kingdom!

Direka dengan idea mudah dimain tetapi sukar dikuasai, Shigeru Miyamoto memastikan perkara ini dicapai dalam Super Mario Run dan dalam video diatas, beliau telah melakukan demo bermain sambil memakan pelbagai jenis kek! Sempoi la Miyamoto!

Pada pengguna Android, janganlah berasa kecewa kerana Super Mario Run juga akan tiba ke platform anda pada tahun hadapan.

Berikut pula adalah video introduksi bagi Super Mario Run.

Written by Azhar Yusof

Seorang PC enthusiast. Indie game lover.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ciri Khas Akan Diberikan PS4 Pro, Umum Developer Nier: Automata

DLC Percuma Untuk Final Fantasy XV Bakal Tiba Minggu Hadapan!