in , , ,

Sumpahan EA Sports Untuk Muka Hadapan Game Berterusan!?

Sumpahan EA Sports kepada muka hadapan game mereka kian menampakkan kebenaran. Boleh percaya ke?

ufc

 

Masihkah anda ingat tentang artikel Sumpahan EA Sports: Suratan Atau Kebetulan yang kami tulis pada beberapa bulan yang lepas?

Dalam artikel tersebut, kami menerangkan bagaimana beberapa ikon sukan yang sering mendapat nasib yang malang selepas diumumkan menjadi muka hadapan game yang dikeluarkan oleh EA Sports. Antaranya ialah Ronda Rousey untuk UFC 2, Jon Jones dan Alexander Gustafsson (UFC) dan beberapa lagi nama besar untuk Madden NFL.

Seperti yang ramai sudah ketahui, beberapa hari lepas, Nate Diaz telah mengalahkan Juara Dunia MMA yang bermulut lancang, Conor McGregor –  menjadikan ia adalah kekalahan pertama beliau dalam masa enam tahun.

ufc

Dan anda tekalah apa yang terjadi sebelum itu. Ya, McGregor dipilih menjadi muka hadapan UFC 2, bersama dengan Ronda Rousey.

Pihak pemasaran EA Sports pastinya sedang menggaru kepala yang tidak gatal apabila memikirkan bagaimana 2 ikon ini sedikit sebanyak bakal mempengaruhi hasil jualan siri kedua untuk game ini.

Sama ada ia adalah benar-benar Sumpahan EA Sports atau takdir mereka sudah tertulis begitu ataupun hanyalah sebuah kebetulan, pastinya, apabila UFC 2 keluar di pasaran pada minggu hadapan, gamers akan melihat muka hadapannya dengan penuh ketewasan.

UFC 2 akan mula berada di pasaran pada 15 Mac 2016 di PS4 dan Xbox One.

ufc-002

Jadi, bagaimana pendapat anda? Adakah hubungan muka hadapan dan kekalahan yang menimpa mereka ini adalah suratan atau kebetulan? Kongsikan dengan kami.

JomBaca: UFC 2: Kasi Gegar Console Dengan Kelainan?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sniper Elite 4: Kembali Menyerang Hendap Tahun Ini!

DotA 2: Pemain Fnatic Kekal Sehingga TI6