in ,

Sumpahan EA Sports: Suratan Atau Kebetulan?

Seperti sedia maklum, Juara Bantamweight Wanita UFC, Ronda Rousey telah di-KO-kan oleh Holly Holm. Namun, apakah kaitannya dengan gaming?

JomBaca: UFC 2: Kasi Gegar Console Dengan Kelainan?

UFC2-cover

EA Sports telah mengumumkan pada minggu lalu bahawa Ronda Rousey akan menjadi cover hadapan bagi game terbaru mereka, UFC 2, yang dijangka dikeluarkan pada tahun hadapan.

Selang beberapa hari selepas pengumuman itu, Holly Holm telah mengenakan sepakan kaki kiri tepat ke muka Ronda Rousey, seterusnya menyebabkan beliau KO tidak sedarkan diri.

UFC-Ronda-KO

Sebelum itu, Jon Jones dan Alexander Gustafsson menjadi cover hadapan bagi game pertama bagi siri ini, yang dikeluarkan pada Jun 2014. Sejak game itu dikeluarkan, Gustafsson telah kalah kepada Anthony Johnson dan Daniel Cormier.

Jones pula hanya menang satu-satunya perlawanannya pada waktu itu (menentang Cormier). Tetapi, beberapa ketika selepas itu, Jones telah gagal dalam satu ujian dadah, kejuaraannya ditarik balik dan kemudian digantung dari UFC buat selama-lamanya selepas telah ditangkap kerana didapati terlibat dalam sebuah insiden langgar lari.

UFC-cover

Namun, ia bukanlah sesuatu yang baru bagi game-game yang dikeluarkan EA Sports. Siri UFC ini adalah seperti sumpahan susulan dari sumpahan yang telah diciptakan dalam siri Madden NFL.

Kepercayaan yang telah sinonim dengan gelaran ‘Sumpahan Madden’ ini telah berkembang dari sebuah jenaka bualan kosong sehingga kepada peminat-peminat menjalankan kempen bagi menghalang pemain kesayangan mereka untuk tidak menjadi cover kepada game ini.

Madden-99-cover

Ia bermula dengan Garrison Hearst, di mana beliau telah menjadi cover hadapan bagi Madden NFL bagi tahun 1999, kemudian telah cedera teruk (patah buku lali). Seterusnya, dari 18 pemain yang telah menjadi cover hadapan bagi siri game ini, 17 darinya telah ‘disumpah’ dengan pengakhiran musim yang awal – termasuklah beberapa pemain mendapat kecederaan yang memusnahkan terus penglibatan mereka untuk musim tersebut.

Madden-15-cover

Apabila ditanya mengenai ‘sumpahan’ ini, EA Sports sentiasa menolak untuk bercakap secara serius. Mereka berkata ia adalah sesuatu yang biasa dan semula jadi, di mana setiap pemain pastinya mempunyai pasang surut dalam karier mereka.

Mungkin juga benar kata mereka. Mungkin.

Sama ada ‘sumpahan’ ini benar ataupun tidak, sama-samalah kita nantikan apakah yang akan terjadi kepada pemain-pemain yang bakal menjadi cover hadapan bagi siri UFC ini.


“Sesuatu yang tak disangka.. Seringkali mendatangi kita..Itukah suratan dalam kehidupan.. Atau hanya satu kebetulan”

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

StarCraft 2: Legacy of the Void: Sambutan Hangat Dan Mission Percuma Dari Blizzard!

Xenoblade Chronicles X: Mempunyai Peta Yang Lebih Besar dari Skyrim, The Witcher 3 dan Fallout 4 Digabung!