in , ,

Summon Night 6: Lost Borders Tidak Akan Diterjemahkan ke Bahasa Inggeris di Pasaran Asia! [UPDATE]

sn68

Ya, sekali lagi berita baik untuk warga-warga gamers Asia ini.

[UPDATE] Summon Night 6: Lost Borders tidak akan dikeluarkan dalam versi Bahasa Inggeris di Asia – hanya Bahasa Cina dan Jepun sahaja. Play-Asia yang melaporkan versi B.I. ini semalam telah memohon maaf di atas kesilapan maklumat tersebut. Kami di JomGaming akan berusaha memperbaiki laporan berita kami di masa hadapan. Harap maklum.

+++

Permainan video RPG yang sudah lama tidak kelihatan, Summon Night 6: Lost Borders akan diterjemahkan ke Bahasa Inggeris untuk pasaran Asia di pelantar Playstation 4. Asalnya permainan video ini juga akan dikeluarkan di Playstation Vita, tetapi Bandai Namco mengambil keputusan untuk memasarkan versi ini di pelantar Playstation 4 sahaja.

sn61

Ikuti sama ada protagonis lelaki yang bernama Raj, seorang pengembara yang berpersonaliti ceria atau Am, protagonis perempuan sniper yang kiut tapi berwatak serius, untuk melindungi kampung halaman mereka “Cocoon World of Fillujah” dengan menghapuskan semua raksasa dan penjahat yang dibangkitkan oleh tempat yang tidak dikenal pasti yang dipanggil Lyndbaum dan membongkar semua benda ini dalam pengembaraan diorang.

Dengan mengamalkan setting dua protagonis ini, pemain boleh memilih satu protagonis ini untuk dijadikan sebagai karakter utama dan lain akan dijadikan sebagai ‘support’ karakter. Ia juga mempunyai dialog yang berlainan bergantung kepada protagonis yang dipilih. Ia juga mempengaruhi misi dan quest yang ditawarkan oleh pemain untuk diteroka.

sn67

Bagi kipas-susah-mati siri ini, protagonis karakter dari siri sebelum ini akan berada di dalam permainan ini. Ianya merangkumi Touya Fukazaki dari Summon Night, Melgitos dari Summon Night 2, Ray, Lisher dan Lyurm dari Summon Night 4 dan Floth, Pariet, dan Torque dari Summon Night 5.

sn66

Summon Night 6: Lost Border akan berada di pasaran Jepun bulan Mac ini di pelantar Playstation 4 dan Playstation Vita. Manakala versi Asia yang diterjemahkan ke Bahasa Inggeris akan dipasarkan bulan Mei ini untuk pelantar Playstation 4 sahaja.

Berita selanjutnya akan disiarkan lagi hanya di Jomgaming. Tungguuuu.

Written by Kaiz Amari-Tai

Dilahirkan menjadi gamer tegar. Guest-writer JomGaming ini berminat dengan semua benda berkaitan videogames. Ingin menjadi streamer untuk menunjukkan betapa pengaruhnya videogames dalam hidup. AAA atau indies, janji videogames.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

CS:GO: Hadiah Bagi Pertandingan CSGO Major Dinaikkan!

Mad Catz Umumkan Produk Mobile Gaming Yang Direka Untuk Samsung