Mereka kini sedang fokus untuk Tomb Raider, The Avengers dan Guardians of the Galaxy.

Menurut laporan Kotaku, yang memetik daripada pelbagai sumber, kita tidak mungkin akan mendapat game Deus Ex seterusnya dalam masa terdekat. Ia mengatakan bahawa sekuel kepada Deus Ex: Mankind Divided, yang dikeluarkan pada tahun lalu, telah dibatalkan selepas studio yang bertanggungjawab membawakan siri ini, Eidos Montreal sedang fokus untuk membangunkan pelbagai francais yang lebih besar.
Menurut laporan tersebut, Eidos Montreal, studio yang berada di bawah Square Enix, sedang membangunkan dua game yang besar. Pertama, mereka sedang membangunkan game Tomb Raider yang seterusnya. Nama untuk siri game seterusnya ini juga telah leaked, dikatakan bakal digelar Shadow of the Tomb Raider.
Keduanya, laporan tersebut mengatakan bahawa mereka turut sedang membangunkan game daripada jenama terkenal Marvel, iaitu Guardians of the Galaxy. Seperti yang kita semua sudah ketahui, Square Enix dan Marvel baru sahaja mengumumkan kerjasama mereka pada minggu lalu, dengan The Avengers bakal menjadi taruhan projek pertama mereka. Dan game Guardians of the Galaxy ini adalah dilaporkan projek mereka seterusnya selepas The Avengers tersebut.
Eidos Montreal juga akan membantu Crystal Dynamics dalam membangunkan projek The Avengers tersebut.
Comments
Loading…