in , , ,

Sumber: 6 Game Ini Akan Menjadi Pertunjukan Dalam Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang

Game kegemaran korang ada dalam senarai ini?

Sekiranya korang tidak tahu, Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China bakal mempertandingkan pingat untuk acara esports buat pertama kalinya. Bagi menghadapi detik bersejarah itu, Sukan Asia pada tahun ini di Jakarta-Palembang akan mengadakan pertunjukan (exhibition) terlebih dahulu bagi memperkenalkan esport kepada umum.

Terbaru, menurut sumber kami yang rapat dengan industri esports Indonesia, enam game yang akan menjadi pertunjukan itu telah dimuktamadkan.

Melalui post Facebook yang dinaikkan, Arena of Valor telah terlebih dahulu terpilih sebagai salah satu cabang dalam pertunjukan esports di Sukan Asia 2018, dan terkini, lima game lagi telah didedahkan, iaitu League of Legends, Pro Evolution Soccer (PES), Clash Royale, Hearthstone, dan Starcraft.

Menurut mereka lagi, enam game yang akan dipertandingkan di Sukan Asia nanti, ditentukan oleh pihak Federasi Esports Asia yang berpangkalan di Hong Kong. Pusingan kelayakan untuk setiap negara akan diadakan dari 5 Mei hingga 31 Mei.

Apakah enam game pertunjukan di Jakarta-Palembang ini akan kekal sehingga ia dipertandingkan dengan pingat di Hangzhou? Apakah akan ada perubahan senarai game yang akan dipertandingkan nanti? Itu semua masih menjadi tanda tanya.

Kami telah menghubungi Persatuan Esukan Malaysia (Esports Malaysia) untuk mengesahkan perkara ini. Sebarang kenyataan rasmi dari pihak mereka akan kami laporkan di JomGaming.

JomBaca: Esports Malaysia (ESM) & Majlis Sukan Negara (MSN) Bersiap-Sedia Untuk Acara Esports Di Sukan Asia 2022 & Olimpik Paris 2024!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Walmart Kanada Leak Game Yang Bakal Diumumkan di E3? Betul Ke Bohong?

Pengulas Game FIFA Sahkan Lesen UEFA Champions League Bakal Tiba Ke FIFA 19