in , ,

Sulon Q HMD: Pesaing Baharu Peranti Headset VR Dari AMD!

Aih, nampaknya Oculus Rift, HTC Vive, Microsoft HoloLens dah ada pencabar selain Playstation VR pulak!

Nampaknya bukan Playstation VR sahaja yang direveal di Game Developers Conference baru-baru ini!  AMD juga telah memberi serba sedikit sneak-peek teknologi VR yang mereka terajui bersama Sulon Technologies Inc. iaitu Sulon Q HMD.

Sulon Q Headset 01

Headset ini dikatakan yang pertama di dunia yang tidak perlu pautan cable kepada PC dan ia juga menawarkan kombinasi teknologi Virtual Reality (VR), Augmented Reality (AR) dan Spatial Computing (SC).

Sihir Jenis Apakah ni?!

Dibina di atas platform Microsoft Windows® 10, korang bukan sahaja dapat bermain game, malahan menggunakan gesture dan input holografik menerusi antaramuka terbina di dalam Sulon nih nanti! So,tak perlu lah korang nak sambungkan headset ni ke PC! Sebab korang akan memakai sebuah gaming/personal computing rig di atas muka korang!

JomBaca: Sword Art Online: The Beginning: NerveGear Yang Betul-Betul, Bukan Cobaan!

Berdasarkan website Sulon, headset ini menggunakan procesor AMD FX-8800P bersama gred grafik R7 AMD yang memerlukan input kuasa sebanyak 35 Watt sahaja. Selain itu, output grafik adalah pada resolusi 2560 × 1440. Paling menarik sekali, semua kuasa ini dimuatkan ke dalam headset VR/AR/SC yang akan dipakai pengguna!

Sulon Q Headset 13

Setakat ini, spesifikasi yang ditunjuk, masih belum mencapai versi produksi tetapi secara kasarnya telahpun diterbitkan dalam presskit mereka (muka surat 11). Mari tengok demo alat ni menerusi video di bawah.

Nak Pakai untuk Apa Ye?

Pendapat penulis, dengan integrasi AR dalam headset ini memberikan penggunaan yang lebih meluas. Misalnya, tak perlu lagi membeli monitor yang serba canggih itu ini, ataupun menggunakan multi-monitor setup. Headset ini boleh menggantikan kesemuanya dengan menggunakan monitor maya.

Memandangkan penulis merupakan hardcore e-sports dalam genre simulasi kenderaan, headset ini boleh memberikan pengalaman memandu yang lebih mendalam. Selain kebolehan untuk menoleh pandangan dalam alam maya, peralatan fizikal juga kelihatan. Maka lepas ni takde lah nak bagi alasan salah tekan butang bila nak tukar strategi perlumbaan. Ahaks!

Aduh! Mana Satu?!

Dengan bermacam-macam jenama yang muncul kini, teknologi ini masih pada peringkat awal. Disarankan bersabar dulu haa, lagipon belum ada dipasaran melainkan Oculus yang kini hanya mengambil pre-order. Bawa bertenang ye!

Sulon Q Headset 05

Sulon Q HMD ini menarik minat penulis kerana integrasi features yang ada antara Oculus, HTC Vive dan juga Microsoft Hololens dalam satu pakej. Jika pelaksaannya sempurna, tentu sekali produk ini boleh menerajui market yang masih samar ini.

JomBaca: PlayStation VR: Lebih Murah Berbanding Oculus Rift dan HTC Vive!

Saingan kini tampak semakin mantap, dan dengan saingan yang sihat sebegini diramalkan harga boleh diturunkan lagi menjelang 2017/ 2018 (pendapat penulis semata-mata). Pasti juga pesaing akan mengeluarkan versi-versi yang ditingkatkan kualiti dan kegunaan untuk meraih pembeli di masa terdekat ini.

Written by Afeeq Schematicme

Comments

JomKomen!

Loading…

0

MLB The Show 16: Di sini Tiada Gol! Cuma Homerun!

Sword Art Online: The Beginning: Alpha Test Sedang Berjalan!