in , , ,

Sukan Olimpik Paris 2024 Mungkin Akan Membuka Pintu Kepada Esports

Olimpik 2024 di Paris mungkin akan memasukkan pertandingan video game esports. Paris disahkan akan menjadi tuan rumah untuk sukan Olimpik 2024 di International Olympic Committee yang berlangsung di Lima, Peru selepas pesaingnya Los Angeles bersetuju untuk menjadi tuan rumah pada tahun 2028.

Co-presiden jawatankuasa bidaan Olimpik Paris, Tony Estanguet memberitahu kepada akhbar berkaitan dengan mengadakan perbincangan dengan komuniti gaming kompetitif dan International Olympic Committee (IOC) untuk berbincang mengenai memberikan gamer prospek untuk bertanding mendapatkan pingat emas Olimpik.

Ledakan populariti dari esports telah membawa masuk banyak golongan muda ke dalam arena untuk bertanding, telah memperkenalkan gaming oleh Sukan Asia. Ia akan menjadi sukan penuh untuk edisi tahun 2022. Walaupun maklumat mengenai video game manakah yang akan dipilih untuk pertandingan itu masih belum diberitahu.

Estanguet percaya bahawa kehebatan digital patut dipertimbangkan sebagai sukan yang sah jika Olimpik mahu mengekalkan relevannya kepada generasi baru.

“Kita kena melihatnya kerana kita tidak boleh mengatakannya. Ia bukannya mengenai kita. Ia juga bukan mengenai Olimpik.” Estanguet memberitahu kepada akhbar berkaitan di London. “Golongan muda, mereka berminat dengan esports dan perkara berkaitan. Kita perlu melihatnya, berjumpa dengan mereka dan mari kita cuba jika kita boleh membina jambatan.”

“Saya tidak mahu berkata ‘tidak’ dari awal lagi. Saya fikir ia menarik untuk berinteraksi dengan IOC, dengan keluarga esports untuk memahami dengan lebih mengenai prosesnya dan kenapa ianya sangat berjaya.”

Senarai acara-acara untuk Sukan Olimpik 2024 di Paris akan mula dibentuk pada tahun 2019 sementara senarai rasmi untuk sukan yang dipilih akan diumumkan selepas sukan Olimpik Tokyo 2020.

Pada tahun 2014, bekas ketua pegawai kreatif Blizzard, Rob Pardo berkata terdapat hujah yang menarik untuk dibuat untuk gaming menjadi sebahagian daripada Sukan Olimpik. “Saya rasa cara anda melihat esports adalah yang ianya sangat memerlukan set kemahiran kompetitif dan anda lihat gamer profesional ini dan pergerakan refleks sepantas kilat serta mereka pantas dalam membuat keputusan. Apabila anda lihat mereka beraksi pada setiap minit, jelas mereka mencapai lebih dari 300.”

Bunyinya seperti ianya masih di peringkat awal untuk esports menyertai Sukan Olimpik, jadi kita tidak tahu video game manakah yang akan dipilih, format jenis apakah yang akan digunakan atau yang lain.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Hellblade: Senua’s Sacrifice – Koleksi Markah Dan Review Dari Pengkritik

Dengarkan Apa Kata Band British Ini Tentang Lagu Yang Mereka Ciptakan Untuk Life is Strange: Before the Storm