Musim bola sepak baru kini bermula.
Tahun ini, Konami bakal memulakan kempen bola sepak 2019 mereka dengan jauh lebih awal berbanding mana-mana keluaran Pro Evolution Soccer sebelum ini. 8 Ogos lalu, versi demo PES 2019 telah pun dikeluarkan untuk percubaan umum, dan penulis telah pun mencubanya.
Bagi korang yang masih belum mencuba demo ini, ataupun sudah mencuba dan mahu berbincang lanjut bersama penulis tentangnya, teruskan membaca pandangan pertama ini.
Sebelum itu, kalau korang nak tahu apa yang ada dalam versi demo ini — kelab apa yang boleh dimainkan, mode apa yang ada, dan lain-lain info — korang boleh baca sini dulu.
Gameplay Yang Semakin Mantap
Saban tahun, siri PES tidak akan pernah membawakan gameplay sama seperti tahun sebelumnya. Begitu jugalah dengan PES 2019 kali ini.
Gameplaynya terasa segar, lebih lancar, tidak terasa statik dan berat dan yang paling penting, sangat menghiburkan. Ia langsung tidak terasa seperti PES 2018.5, tetapi benar-benar menampilkan sebuah gameplay yang berbeza, dan layak dipanggil sebagai PES ‘2019’.
Pembaharuan gameplay yang paling dirasai ialah semasa permainan terbuka (open-play). Menggelecek, menggerakkan pemain tanpa bola (off the ball), hantaran (passing), dan rembatan (shooting) terasa sangat mantap dan berlainan. Terasa cukup puas.
Setiap kali siri PES dibikin, pasti ia semakin lama semakin terasa dekat dengan bola sepak sebenar. Itulah apa yang dirasai dalam PES 2019 ini. Detik-detik cemas rawak (randomness) dalam bola sepak itu sentiasa berlaku dalam game ini.
Kelajuan Larian Yang Lebih Masuk Akal
Membincangkan lebih lanjut tentang gameplay PES 2019, perkara pertama yang ingin penulis tekankan di sini ialah bagaimana Konami menyeimbangkan (balancing) kelajuan larian kepada setiap pemain. Setakat ini, daripada senarai pemain yang ada dalam versi demo ini, penulis tidak menemui mana-mana pemain yang kelajuan lariannya terlalu overpowered (OP).
Dalam versi demo ini, kita ada Mo Salah, Sadio Mane, Lionel Messi, Ousmane Dembele, Jordi Alba, Paulo Dybala, sekadar menamakan beberapa pemain yang laju — mereka-mereka ini tidak boleh sesuka hati bermaharaja lela dengan memotong mana-mana pemain dengan kelajuan lariannya.
Tiada lagi taktik di mana pemain akan menolak bola sejauh mungkin dan kemudian berlari meninggalkan pemain pertahanan yang perlahan lariannya. Tiada lagi pemain pertahanan yang mudah tercicir.
Secara tak langsung, daripada kelajuan larian yang tidak OP ini, kemahiran menggelecek untuk pemain yang sedang menyerang perlu lebih ditagih. Bukan lagi era di mana pemain menyerang boleh menggelecek dengan hanya spam larian semata-mata.
Shooting Yang Lebih Padu
Seperti juga penambahbaikan untuk kelajuan larian, shooting dalam PES 2019 juga membawakan mekanik yang lebih padu dan tiada lagi sepakan yang terlalu dijangka (preditable). Lebih banyak randomness seperti dalam bola sepak sebenar.
Teknik sepakan, gerak badan, sudut sepakan, dan keseimbangan badan semasa membuat shooting perlu diambil kira dengan lebih teliti. Pernah banyak kali, situasi satu-lawan-satu dengan penjaga gol, penulis tidak dapat menterjemahkannya kepada jaringan, sesuatu yang wajib gol dalam PES 2018, tapi tidak untuk PES 2019.
Tiada Sebarang Kejutan
Di sebalik gameplay open-play mantap yang penulis sebutkan di atas, permainan set-piece boleh dikatakan menggunakan sistem dan mekanik yang sama sahaja dengan siri tahun lalu. Cara pemain off-the-ball membuat larian apabila sepakan percuma/sudut diambil, cara membuat sepakan lencong, dan beberapa mekanik lain — semuanya dikekalkan.
Bagaimana para pemain untuk menerima permainan set-piece yang sama ini, bergantung kepada harapan masing-masing. Maksudnya, ada pemain yang sudah sukakan mekanik sepakan percuma dan sepakan sudut yang ada dalam PES 2018 — dan membawakannya semula ke dalam PES 2019 adalah sesuatu yang menggembirakan mereka.
Manakala, ada juga pemain mahukan pembaharuan pada setiap tahun untuk sistem dan mekanik permainan set-piece. Maka, mungkin sebahagian pemain ini akan kurang gemar dengan pengekalan yang sama ini.
Bagi penulis secara peribadi, penulis lebih sukakan sistem dan mekanik permainan set-piece yang sama dengan PES 2018. Berbeza dengan permainan set-piece yang ditawarkan dalam PES 2017 dan ke bawah, yang boleh dikatakan terlalu kompleks untuk difahami.
Review Bakal Tiba
Seperti biasa, versi demo hanyalah untuk kita mencuba gameplay di atas padangnya sahaja. Tiada sebarang mode-mode tambahan yang boleh kita mainkan.
Jadi, review penuh dalam siri Boleh Beli or Boleh Blah!? akan kami sediakan apabila PES 2019 akan dilancarkan sepenuhnya pada 30 Ogos ini nanti. Jangan lupa!
PRE-ORDER PRO EVOLUTION SOCCER 2019
Deposit RM50 SAHAJA
FREE exclusive T-SHIRT PES2019 — Pre-order terus ke Facebook YC Games Station (Kuala Lumpur) & Kuppy Station (Terengganu)
Comments
Loading…