Tak dapat join sesi Demo VIP Anthem hujung minggu lepas? Nah, ni adalah pandangan pertama kitorang terhadap game yang EA & BioWare hype sangat.

Anthem VIP Demo akhirnya melabuhkan tirai pada jam 10 pagi, 27 Januari lalu dan ramai (yang pre-order atau dapat kod percuma atas belas ihsan rakan taulan) berpeluang meluangkan masa hujung minggu untuk merasa buat pertama kali playable build game yang dah 2 tahun hype kaw-kaw oleh EA & BioWare.

Jadi apa pandangan pertama dari salah seorang yang bertuah merasa demo ni dari perspektif teknikal? Maka dengan ini dipersembahkan “The Good, The Bad and The Ugly” (bukan filem koboi Clint Eastwood tu tau).

THE GOOD…

  • Gameplay Solid – Ability & Ulti, Combo System sama seperti Mass Effect
  • Mekanik Terapung – dimensi baharu pertempuran & eksplorasi vertikal
  • Pergerakan Javelin – lancar serta berbeza-beza ikut kelas Javelin
  • Fungsi Matchmaking – mantap dengan ganjaran yang berbaloi bagi team play
  • Loot System – simpanan loot yang kekal walaupun pemain DC dan loot mempunyai kepelbagaian
  • Crafting & Blueprint System – boleh diperolehi dengan melengkapkan Challenges
  • Armor Slot System – menggalakkan pemain bereksperimen dengan kombinasi armor
  • Kosmetik – boleh mengubahsuai kosmetik termasuk bahagian spesifik Javelin
  • Stronghold – memerlukan strategi dan kerjasama yang efisien
  • Efek partikel – gempak tanpa menjejaskan framerate PS4 Pro

Tak dapat dinafikan gameplay bagi Anthem memang saling tak tumpah seperti Mass Effect 3 & Andromeda tapi lebih fokus kepada skill spesifik Javelin. Sistem Combo yang dipinjam dari Mass Effect & Dragon Age: Inquisition menjadikan setiap pertempuran sentiasa segar dan menarik dengan dihiasi dengan pelbagai efek partikel yang mantap (sepanjang demo, tak nampak sebarang impak pada framerate di PS4 Pro).

Kebolehan Javelin untuk terapung memberikan dimensi baharu dalam pertempuran dan eksplorasi vertikal. Disini juga dapat dilihat pergerakan setiap Javelin sangat lancar dan setiap perkara kecil diberi perhatian seperti pergerakan jet booster semasa bertukar arah.

Kekuatan sebenar Anthem terletak pada huruf Jim….ehhhh silap…..J, iaitu Javelin tu hanya sekadar baju zirah dan tidak akan naik level. Yang naik level adalah Pilot dan ini menjadikan pemain lebih mudah bertukar-tukar Javelin tanpa kena naik level banyak kali. Disebabkan ianya sekadar baju zirah, pengubahsuaian kosmetik bagi Javelin sememangnya sangat-sangat bebas dan ini menyebabkan pelbagai rekaan dan kombinasi warna dan bahagian Javelin dikongsi oleh komuniti dan paling ketara ialah semua nak buat suit Iron Man.

Armor Slot System yang diinspirasikan dari game MMORPG Bioware iaitu Star Wars The Old Republic digunakan merupakan pelengkap terhadap ciri pengubahsuaian kosmetik tanpa memberi impak kepada power level peralatan. Ini merupakan langkah yang bijak diambil oleh Bioware dan memberi kebebasan kepada pemain untuk ekspresi diri melalui rekaan Javelin yang tampak unik dan kuat pada masa yang sama.

Loot System bagi Anthem pula diperhatikan dapat diperolehi samada dari musuh yang sudah tumbang atau kotak-kotak yang terdapat di sekitar peta. Kesemua barang akan disimpan di dalam inventori pemain yang berkapasiti 300 unit dan kesemua loot akan dikenal pasti selepas tamat ekspedisi. Sesuatu yang menarik berkenaan loot system dalam Anthem ialah, semua barang yang dikutip akan disimpan walaupun anda disconnected. Ini memberikan ruang bagi pemain yang tak dapat habiskan misi yang susah tapi tidak menghukum mereka dengan memberikan barang yang telah berjaya dikutip.

Memandangkan barang yang diperolehi bergantung kepada nasib RNG korang, Anthem ada crafting system yang dijadikan alternatif untuk mendapat barang yang korang nak. Syarat dia mudah sahaja, selesaikan Challenges yang diberikan untuk skill & senjata. Setiap Challenges akan membuka tahap rarity dari Uncommon, Rare & Epic. Ini memang sesuatu yang terbaik bagi pendapat aku sebab boleh mengurangkan tahap salty kawan-kawan yang lain tengok korang pakai senjata best-best.

THE BAD…

  • Cuma 1 extra Javelin saja – Bioware unlock semua Javelin sebelum tempoh demo tamat
  • Open World Map kelihatan kosong – Persekitaran Bastion nampak cun dengan hutan belantara yang tebal namun nampak seperti tiada lokasi selain hutan dan nampak agak ‘kosong’
  • Loadout Terkunci – Loudout tak boleh tukar langsung bila sudah mulakan ekspedisi
  • Loot Dirahsiakan – Loot hanya diketahui apabila ekspedisi tamat
  • Misi Generik – Struktur misi yang agak berulang
  • Gunplay Sedikit Hambar – Gameplay bagi senjata agak hambar dan tiada fungsi pengubahsuaian slot
  • Hub Pemain Yang Bosan – Fort Tarsis agak bosan dan tidak meriah langsung
  • Pilihan Dialog Mungkin(?) Tidak Pengaruhi Game – Pilihan dialog yang tidak dapat dipastikan keberkesanan/impak pemilihan tersebut
  • UI/HUD Kurang Maklumat – Tiada indikator ahli pasukan di HUD lalu sukar nak pastikan keadaan semasa ahli pasukan
  • UI/HUD Mengelirukan – Warna Quest Mark sama dengan warna Allies Marker = keliru!
  • Tiada Fungsi ‘Junk Flagging’ – Hanya terdapat pada Vault sahaja, tidak di inventori dan Forge

Sampai sekarang aku tak faham kenapa BioWare letakkan kekangan dengan membuka hanya 1 extra Javelin. Walaupun tujuan asal VIP Demo ini untuk sesiapa yang preorder, tapi bila streamer & EA sendiri mula bagi kod percuma dan aktifkan “refer-a-friend”, patutnya semua Javelin boleh unlock untuk meningkatkan peluang rakan-rakan turut sama pre-order Anthem. Ni aku dah siap nak hantar anak & pergi kerja baru dapat tahu last minute Bioware dah unlock semua sebagai pampasan kepada pemain. Mana sempat nak dapatkan MC dari doktor!

Tidak disangkal Bastion memang tempat yang cantik dengan hutan yang menghijau disulami dgn air terjun yang indah namun disebalik semua itu terasa agak kosong, tiada diversiti lokasi dan juga kurang interaksi dinamik sesama musuh. Kecantikan visual ni selalu tahan sebulan lebih ja, lepas tu semua buat tak heran dah. Pemain lebih gemarkan benda yang dinamik bagi pengalaman yang sentiasa segar. Fort Tarsis lagi sedih, dah la tak nampak meriah dengan kehidupan harian tambah pulak nampak bosan gila. Pemain diberikan peluang untuk bersembang dengan NPC yang memberikan pilihan dialog namun dari demo ini agak sukar untuk menentukan samada impak pemilihan dialog itu samada memberi kesan positif atau negatif  terhadap misi atau jalan cerita keseluruhan.

Benda yang paling tak bleh blah ialah tak boleh tukar loadout masa misi dah bermula walaupon ko main Freeplay sekalipun. Kena masuk ekspedisi, cuba senjata baharu dan balik semula ke hub untuk tukar senjata baharu. Bayangkan buat misi tetiba senjata yang pakai tu memang tak kena jiwa, memang kena tinggalkan misi dan sambung kemudian. Apa mende tu beb? Sangat-sangat leceh. Ditambah pula pertempuran senjata agak kurang “uuummph” mungkin disebab skill Javelin lebih menyerlah dan digunakan bila terdesak saja.

Ingat Armor Slot System yang mantap tadi? Benda yang sama takda kat senjata dan menjadikan ia kurang menarik kerana tiada ciri pengubahsuaian dan mengharapkan Crafting System semata-mata. Benda akhir yang menimbulkan amarah ialah tiada indikator pemain lain dalam pasukan pada HUD. Korang akan sentiasa tertanya-tanya samada pasukan korang dah penuh atau tidak dan status terkini nyawa rakan-rakan dalam pasukan. Ada sekali tu dah 5 minit baru perasan ada kawan dah tergolek kat hujung peta.

THE UGLY…

  • STABILITI SERVER!!!
  • Menu & User Interface Mengelirukan – terlalu banyak lapisan menu
  • Immersion Pada Tempat Yang Salah – banyak sgt Loading Screen
  • INFINITE LOADING SCREEN!!!
  • Demo Lama – Demo yang menggunakan build yang lama (6 minggu lepas)

Kalau masuk kategori ni memang dah tahap teruk dah bagi aku. Stabiliti server masa demo memang ke laut walaupun EA sepatutnya dah ada angka keseluruhan pemain yang dia boleh jangka akan log masuk pada hari demo dilancarkan. Disconnect pertengahan misi, progression bug yang juga dilaporkan oleh geng EA GameChanger ada dijumpai masa Closed Alpha dulu turut berlaku semasa VIP Demo. Bug yang paling teruk ialah infinite loading screen yang menghantui ramai pemain sampai aku nak dekat 50 kali gak la restart client kat PS4 sepanjang 2 hari ni.

Isu immersion juga jelas ketara bagi demo ini. Ada beberapa perkara yang tak perlu menjadi realistik, tapi dilaksanakan dengan penuh jayanya sehingga menjadi beban kepada pemain. Sebagai contoh dalam Fort Tarsis, pemain hanya boleh berjalan sahaja dan tiada fungsi fast travel atau quick menu untuk terus pilih Forge/Expedition/Vault. Tak perlu la kita kena berjalan ke setiap tempat tu. Kalau dalam misi ada seorang pemain telah sampai dahulu ke objektif, pemain lain akan dimaklumkan akan dihantar ke checkpoint dan dipaparkan Loading Screen. Ya, loading screen dalam game ni banyak sangat. Masuk Forge pon loading screen, teleport ke rakan pon loading screen, tukar world instance pon loading screen. Dah jadi Fiesta Loading Screen pulak Anthem ni. Secara tak langsung ia potong mood bila tengok banyak sangat loading screen yang sepatutnya jadikan pengalaman itu sesuatu yang seamless transition, bukan letak loading screen. Campur isu ini dengan masalah infinite loading screen memang boleh bikin amarah!

Menu & User Interface juga didapati agak perlahan dan tak konsisten. Kadang- kadang terlalu makan ruang, kadang-kadang kosong sangat pula. Tahap respons untuk pindah barang ke dalam Vault ada yang mengambil masa sehingga 5 saat untuk simpan. Kita juga dimaklumkan sendiri oleh Bioware yang demo build ni merupakan 6 weeks old build and ini menimbulkan tanda tanya kenapa Bioware tak pakai build yang terkini yakni yang telah “gold” pada hari yang sama untuk memberikan tanggapan yang lebih bagus berkenaan Anthem. Malangnya jawapan itu hanya diketahui oleh BioWare sahaja. Ini kerana bila kita sebut Alpha ianya lebih kepada pengujian fungsi asas, Beta pula pengujian fungsi major yang telah siap sepenuhnya cuma kurang ‘polish’. Demo pula merupakan sebahagian dari hasil akhir produk dan mencerminkan keadaan sebenar produk tersebut. Jadi tak berapa kena jika demo guna build Beta (malah ada yang katakan Alpha). 

KESIMPULAN

Secara peribadi, aku memang nak sangat-sangat Anthem berjaya macam game Shooter-looter lain tapi berdasarkan Demo ni, nampak macam masih lagi belum mencapai tahap yang aku harapkan. Tapi itu tak bermakna aku taknak main game ni. 

Ringkasnya demo ini amat menghiburkan tetapi tidak terlalu inovatif dalam perlaksanaannya. Ianya bukan demo yang teruk namun ianya juga tidak terlalu bagus. Pendapat aku ianya game yg OK dan berjaya menghiburkan aku pada hujung minggu tapi susah nak nampak diri sendiri main Anthem untuk lebih dari se-purnama sebelum rasa bosan melainkan Bioware dapat tunjuk apa aktiviti post-launch yang dirancang bagi memastikan Anthem kekal segar dan tidak bosan untuk bulan-bulan yang mendatang.

Terkini, Bioware pun dah keluarkan kenyataan yang segala isu dari VIP Demo akan diperbaiki sebelum Open Demo bermula pada 1-3 Februari 2019. Bagi yang masih was-was, dipersilakan muat turun Anthem dan cuba sendiri Open Demo hujung minggu ini.

Semoga Berjaya Untuk Semua Freelancer Open Demo!!!

JomKomen!