in

Suka Duka Beta: Final Fantasy XV: Platinum Demo

Platinum Demo adalah satu tech demo FFXV, oleh itu gameplay nya tidak lah selama Episode Duscae.

Pada hari ini, Square Enix telah pun release satu Platinum Demo bagi game Final Fantasy XV kepada semua region. Pengumuman ini dibuat melalui event Uncovered FFXV yang dilangsungkan pada pukul 10 pagi tadi waktu Malaysia .

Platinum Demo

Saiz demo ini adalah sebesar 3.9GB. Berbanding dengan episode Duscae, demo pertama FFXV dahulu yang datang dengan pembelian game Final Fantasy Type-0 HD, saiz failnya adalah sebanyak 5GB. Kemudian datang patch baru dengan saiz 3.4GB.

Platinum Demo FFXV ini sangat berlainan dengan Episode Duscae. Jadi untuk membandingkan kedua-duanya secara direct adalah tidak adil sama sekali.

Episode Duscae adalah salah satu plot cerita penting di dalam FFXV. Dalam Episode Duscae, kereta kesayangan Noctis, Regalia telah rosak. Untuk membaiki Regalia, Cindy, mekanik kereta yang seksi mexy, memerlukan sejumlah wang. Maka bermulalah penggembaraan Noctis dan rakan-rakan untuk memburu seekor Behemoth yang boleh mendapatkan reward sebanyak 25,000 gil, cukup untuk membaiki Regalia.

Behemoth
Memburu Behemoth!

Dalam Platinum Demo ini pulak, jalan ceritanya tiada efek langsung terhadap plot cerita FFXV. Anda akan bermain sebagai Noctis kecil di dalam demo ini. Seekor binatang pelik, yang dikenali ramai peminat sebagai Carbuncle memberitahu Noctis yang mereka sebenarnya berada di alam mimpi. Carbuncle akan membantu Noctis keluar daripada alam mimpinya itu.

Carbuncle
Summon ikonik Final Fantasy, Carbuncle

Jelas Platinum Demo adalah satu demo untuk menunjukkan mekanik-mekanik gamenya.

FFXV-Platinum-Demo
Mimpi aneh Noctis bermula dengan satu hutan aneh

Dalam mimpi aneh Noctis, dia perlu mengutip beberapa kristal sepanjang perjalanannya mencari jalan keluar dari mimpi ini. Apabila cukup kuota kristal, beberapa platform boleh dipijak Noctis dan beberapa perkara boleh berlaku. Antaranya, cuaca boleh berubah, ataupun Noctis akan mendapat hadiah berupa senjata atau bom, atau Noctis boleh berubah menjadi monsters!

FFXV-Platinum-Demo-001
Kutip semua kristal!

Ada satu platform ini, apabila Noctis pijaknya, Titan salah satu summon ikonik siri Final Fantasy akan menghendap anda dari satu gua. Menakutkan!

Titan
Titan!

Monsters yang Noctis boleh berubah ini boleh digunakan Noctis untuk berlawan. Setakat ini saya boleh mengubah Noctis menjadi seperti seekor monsters berupa buaya, satu lagi berupa seperti zirafah dengan tanduk, dan tidak lupa, Noctis juga boleh berubah menjadi sebuah kereta! Vrooom vroom!

FFXV-Platinum-Demo-011
Berubah menjadi zirafah+zebra+rusa?
FFXV-Platinum-Demo-005
Noctis kecil boleh berubah menjadi kereta comel !

Senjata yang digunakan Noctis kecil adalah senjata paling comel saya pernah tengok. Menggunakan alat-alat mainan kanak-kanak seperti tukul permainan yang berbunyi boing apabila dipukul, dan pedang mainan, Noctis berjaya memukul beberapa monsters yang ada di dalam mimpi anehnya seperti Nightmare dan Goblins.

FFXV-Platinum-Demo-004
Hiyah! Boing boing!

Dalam Episode Duscae, Noctis tidak mempunyai akses terhadap magic. Namun dalam Platinum Demo ini, Noctis kecil mempunyai akses terhadap dua senjata berupa bom, Fireworks dan Thunderbolt.

FFXV-Platinum-Demo-003
Untuk menggunakan bom “Fireworks” anda perlu set dahulu dalam Equipment Menu. Kemudian, tekan butang O, dan aim dan fire! Saya berjaya jatuhkan mainan blok blok tu. Hehe

Dunia dalam mimpi Noctis adalah bercampur aduk. Pada mulanya, Noctis seperti berada di dalam hutan. Kemudian, dunia mimpi Noctis berubah menjadi seperti satu bilik bacaan. Bilik bacaan ini nampak seperti bilik yang digunakan King Regis dan Noctis.

Buku-buku dan alat permainan disusun seperti hasil karya seorang kanak-kanak, kemungkinan besar hasil karya Noctis kecil kita? Dalam dunia bilik bacaan ini, Noctis serupa telah menjadi saiz yang lebih kecil!

FFXV-Platinum-Demo-009
Serupa rumah/kubu diperbuat daripada buku-buku dan blok mainan. Adakah ini hasil tangan Noctis kecil?

Environment FFXV dihasilkan dengan begitu terperinci sekali. Dalam bilik bacaan, terdapat beberapa blok mainan yang disusun. Apabila Noctis tersentuh, blok mainan ini akan terjatuh satu persatu! Bola-bola mainan yang ada dalam bilik ini juga boleh ditolak dan bergolek-golek.

FFXV-Platinum-Demo-007
Noctis baru sentuh sikit je blok tu, terus jatuh semua. Ha ha

Seperti yang saya katakan tadi, ada buku-buku disusun. Jika anda teliti buku-buku yang ada ini, anda mungkin dapat memahami dunia FFXV yang ada.

FFXV-Platinum-Demo-006
Buku mengisahkan tentang dunia FFXV. Yang ini mengenai Lestallum, satu kota yang diinspirasikan dari Kuala Lumpur!
FFXV-Platinum-Demo-008
Buku pasal makanan pun ada! Terliur!

Kemudian, Noctis berada di luar bangunan penuh dengan Nightmares dan Goblins. Carbuncle memberitahu Noctis dia perlu mencari satu hallway yang panjang untuk keluar daripada mimpi aneh ini.

FFXV-Platinum-Demo-012
Antara platform yang boleh Noctis naik dan pijak. Platform ini membolehkan Noctis menukar cuaca!

Ketika berada di sini, saya cuba untuk memecahkan beberapa buah kotak yang berada di merata tempat. Efek yang diberikan sangatlah memuaskan jiwa dan raga. Serpihan-serpihan kayu berterbangan apabila Noctis menggunakan penukul mainannya untuk memecahkan kotak-kotak ini. Hiyah!

FFXV-Platinum-Demo-013

Apa yang menarik adalah, “hasil kerja tangan” anda ini, anda dapat lihat hasilnya. Bukan sahaja kotak, malah apa sahaja perkara yang anda musnahkan, sama ada sengaja atau tidak, akan mempunyai kesan.

FFXV-Platinum-Demo-014
Nakal Noctis ni rosakkan kotak

Sebaik sahaja Noctis bergerak melalui satu hallway yang sangat panjang, anda akan dapati anda berada di sebuah premis yang agak ikonik. Anda mungkin pernah melihat tempat ini (banyak, banyak, banyak, banyak kali), daripada trailer-trailer FFXV terdahulu.

Tiba-tiba, muncul seekor monster yang sangat lah besar dengan pedang yang besar gila. Noctis kecil akan berhadapan dengan Iron Giant, boss bagi demo ini. Noctis kecil kemudian akan bertukar menjadi Noctis besar, dan di sinilah anda dapat rasakan bagaimanakah battle gameplay FFXV.

FFXV-Platinum-Demo-015
Besar gila pedang!

Controls bagi Platinum Demo adalah tidak sama langsung dengan Episode Duscae.

Dalam Duscae, Defend memerlukan anda menekan L1, L1 + O untuk roll dodge, butang Square untuk attack dan butang segitiga untuk menggunakan teknik ataupun skill-skill. Directional buttons atau D-Pad hanya digunakan untuk memilih teknik apa yang sesuai berdasarkan senjata yang Noctis gunakan.

FFXV-Duscae-Control
Control bagi Episode Duscae

Ini berbeza sekali dengan Platinum Demo. Dalam demo, butang D-Pad memainkan peranan penting. Sebelum memulakan perlawanan, anda perlu set kan equipment anda pada equipment menu. Senjata apa, magic apa anda mahu pakai ketika perlawanan, anda perlu fikir dan set kan dalam menu ini, dengan butang D-Pad anda. Ini adalah lebih senang dan lebih mudah difahami daripada Equipment menu Episode Duscae.

FFXV-Platinum-Equipment-001
Equipment menu – anda perlu memilih senjata apa yang anda nak pakai ketika perlawanan dan setkan butang D-Pad mana yang perlu anda tekan
FFXV-Duscae-Menu-Equipment-001
Equipment menu dalam Episode Duscae yang lebih kompleks

Butang Square kali ini digunakan untuk Roll Dodge atau mengelak, segitiga untuk warp ke tempat lain dengan serta-merta (boleh juga digunakan untuk attack musuh dengan skill Warp Strike), dan butang attack juga berubah ke butang X.

Namun sama ada anda boleh tukar kepada setting lain tidak lagi diketahui kerana tiada options ini dalam demo.

FFXV-Platinum-Control
Controls bagi Platinum Demo

Dalam episode Duscae, terdapat konsep parry. Parry adalah satu skill apabila anda berjaya mengelak dalam masa yang tepat, anda akan serta merta counter attack pihak musuh dengan damage yang lebih tinggi. Konsep ini dapat juga dilihat dalam Platinum Demo. Timing yang baik perlu dilakukan untuk mendapatkan damage yang tinggi!

FFXV-Platinum-Demo-017
Counter/Parry

Konsep cross chain/link strike tidak dapat didapati di dalam demo kali ini kerana dalam demo ini, tiada party members lain mengikuti anda. Memang tak ada lah sebab ini kan mimpi Noctis. Dalam episod Duscae, saya dapati konsep ini bagus, namun mekanisma nya kurang dipraktikkan dengan betul.

Anda perlu memastikan musuh anda tidak dapat bangun, dan partner anda akan memanggil anda untuk memasuki kotak kuning. Kemudian anda perlu menekan butang segitiga untuk link dengan partner anda. Anda kemudian perlu melakukan beberapa command seperti yang disuruh.

FFXV-Duscae-Link-001
Combo chain/Link Strike pada Episode Duscae

Konsep masuk ke dalam kotak kuning ini agak lah pelik, dan saya agak gembira konsep ini sudah ditukar ganti. Link partner adalah satu perkara yang bagus kerana menggalakkan anda melakukan combo dengan party members anda. Tetapi bagaimana ianya ditukar ganti, kami tidak boleh katakan bagaimana kerana tiada di dalam demo kali ini.

Secara keseluruhannya, bagi saya, battle gameplay bagi Platinum Demo ketika perlawanan dengan Iron Giant, adalah lebih kemas dan mudah dan tidak begitu kompleks. Yang paling penting adalah anda perlu timing dengan betul. Lambat atau awal sedikit, mungkin parah bagi Noctis.

FFXV-Platinum-Demo-002
Attack dan Defend adalah dua perkara yang anda betul-betul kena timing dengan baik untuk memastikan kemenangan di pihak anda!

Jika anda tekan butang Defend lama-lama dan anda berjaya Defend dan mengelak, game tersebut akan nmengeluarkan beberapa command supaya anda dapat memberikan attack dengan lebih tinggi damage nya!

Carbuncle ketika perlawanan ini akan membantu anda heal melalui skillnya yang dinamakan Ruby Light.

Iron Giant juga bukanlah sebarang boss. Selain mempunyai pedang yang sangat besar dan mempunyai attack stats yang tinggi, dia mempunyai satu skill magic yang dipanggil Magnet. Skill ini, kalau anda tak wrap ketempat tinggi dengan masa yang cepat atau tak lari dengan kuat, habis lah anda ditarik dek kerana skill ini oleh Iron Giant. Dah la kena tarik, kena pukul pulak tu. OUCH!

FFXV-Platinum-Demo-016
Magnet oleh Iron Giant. Lari Noctis lari!
FFXV-Platinum-Demo-018
Anda akhirnya dapat menggunakan magic! Woot!

Saya mengambil masa 49 minit untuk meneliti setiap aspek Platinum Demo ini. Ini sangatlah berbeza dengan Episode Duscae yang mengambil masa saya selama 5-6 hours. Namun harus diingatkan, Platinum Demo lebih kepada tech demo, dan Episode Duscae adalah salah satu elemen penting dalam plot cerita FFXV (dan anda perlu beli FF Type-0 HD kalau nak code untuk demo Duscae hehe).

Perlu juga ingat bahawa, menurut Square Enix, boleh dikatakan kebanyakan elemen & mekanisme yang ada di dalam Episode Duscae tidak akan digunakan untuk game yang sebenar.

FFXV-Platinum-Demo-019

Diakhir demo ini, anda akan diminta untuk memasukkan nama untuk “mimpi” Noctis ini. Ini ada maksud besar. Jika anda berjaya menghabiskan demo ini, Carbuncle akan menjadi salah satu summons anda apabila anda main FFXV kelak. Awesome gila!

Melalui kedua-dua demo ini, apa yang saya boleh katakan, Final Fantasy XV adalah satu game yang hebat. Jika anda peminat JRPG, Action-RPG dan Final Fantasy secara keseluruhannya, ini adalah game yang ditunggu-tunggu anda. Penantian selama 10 tahun akan berakhir 30 September 2016 ini!

Written by Suria Sun San

Lead Writer JRPG ini hidup, bernafas, makan, tidur, dan bercinta dengan JRPG. Sentiasa.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Rocket League: DLC Tema Bola Keranjang Akan Hadir Pada April!

Shadow of Mordor 2: Info Dibolos Oleh Pelakon Aksi Lasak!?