Penulis berkata, “Beta Division 2 ni dah tahap demo yang polished, tunggu masa aje untuk dilancarkan. Tak macam ada game tu, demo terasa macam Beta pulak. Apalah nasib..”

Sesi Private Beta Division 2 (Div 2), sebuah game loot cover-shooter telah berlangsung dari 8 – 11 Februari 2019. Dalam sesi beta ini pemain dapat mengalami bagaimana gameplay Div2 ini bermula dari level 1 – 7 dan juga permainan 3 endgame karakter max level 32. Reviu pandangan pertama ini adalah dari gameplay PlayStation 4 Pro.

Pandangan Pemandangan Pertama

Kini Agents (pemain Division) akan bermula misi di Washington DC. Tiada lagi pandangan salju lebat New York sebaliknya Div2 diganti cuaca panas lembab berpaya. Grafik ternyata lebih elok dari Div1 namun pergerakan masih kelihatan dan terasa sedikit janggal. Tekstur grafiknya memerlukan masa untuk render menjadi HD, lepas render perghh, detail dia cantik.

Lawa tengok habuk-habuk berbokeh dengan sinar matahari
Mode ala-ala Resident Evil gitu
Memilih area fokus untuk mengambi gambar dalam Photo Mode

Penambahan yang paling baru di dalam Div2 adalah fungsi Photo Mode. Photo Mode membolehkan Agent menangkap gambar dari gameplay secara unik dengan menggunakan fokus manual, filter overlay, tangkap selfie senget, setting lighting dan kontra serta POV kamera yang amat fleksibel! Dengan grafik detail yang cantik, Photo Mode ni mesti best untuk Agent-Agent mengambil shot-shot yang gempak.

Gameplay dan Skill Semasa Kombat

Sembang pasal gameplay, aspek paling berbeza ketara adalah nyawa hidup enemy yang keras ibarat batu di Div1. Tiada lagi bullet sponge mobs di dalam Div2 tetapi cover amat lah penting. Tambahan AI dan skill musuh lebih banyak dalam game ini, posisi dan skill taktikal bersama team penting untuk berlawan musuh.


Penggunaan skill dan offensive sangatlah penting bagi menyeimbangkan penjagaan nyawa dan DPS membunuh musuh. Bayangkan, pernah satu ketika penulis dah sampai Safe House dan berjalan solo untuk sampai ke misi recon Dark Zone yang sejauh 1km, nak melawan enemy 3 kali on the way ke sana je mengharapkan 3 medkit yang tak tahu cukup ke tidak. Mencemaskan!

Memilih cover juga amat penting. Cover kali ni lebih detail dan sensitive. Kalau cover di belakang kereta, boleh ditembak melalui bawah serta tingkap, dan kalau sembunyi di belakang tiang kalau bahu kanan terkeluar sikit, tu sikit pun boleh di tembak. Kalau rush solo memang silap la kene balun balik. Enemy pon pandai cari cover tau.

Bila dah akhirnya sampai gate DZ, boleh pulak DC. Frust jugak la kekadang ada DC, tak sanggup nak ulang sorang lagi tapi apadehal, matchmaking dengan kawan sepermainan terus masuk mission buat bersama-sama.

Hanya 3 daripada 8 skill dibuka di dalam beta ini – turret, drone dan seeker mine (bola bomb yang boleh guling-guling) Ada member pakai drone healing, ada yang pakai seeker mine offensive, perh rasa best la pulak main nak masuk ke DZ dengan orang random.

Tak banyak bug seperti dahulu, ada lah isu seperti hilang bunyi tembakan dan vibration kat controller. Nasib crosshair tukar menjadi lebih padat dan merah apabila diacu terhadap musuh. So at least, nampak la jugak bila tembak keluar damage.

UI kesuluruhan kelihatan lebih kemas dan informatif. Antara contoh, map boleh di ubah alih kedudukannya ke mana-mana bahagian skrin mengikut keselesaan pemain. Agent juga dapat tengok fall off damage senjata dari menu skrin utama bahagian ‘weapon’.

Endgame – Dari Zero ke Hero

Selepas menghabiskan 2 main mission di dalam beta biasa, pemain akan dapat unlock 3 endgame char yang  membawa 3 senjata exotic berbeza. Weapon istimewa ini didapati dari ‘Specialization’ mengikut build tertentu.

Pilih dari style offensive sniper, crossbow healer atau letupkan musuh dengan grenade launcher di dalam sebuah kawasan di dalam map Tier 2. Agen akan berlawan black task di dalam misi di Jefferson untuk test macam mana beza skill dan taktik di awal permainan dan di bila sudah maksimum level

UI yang lebih kemas dan informative. Siap tunjuk fall off damage senjata

Loading Time dan Matchmaking 2x Laju!

Benda pertama penulis perasan sebenarnya masa start game ini adalah loading time Div2 agak laju. Terutama apabila berjalan masuk base tiada loading buffer dan boleh lari masuk terus! Tak macam dalam Div1 kene jalan slow 5 meter (yang rasa forever) baru masuk base. Nak masuk mission tak sampai 3 minit paling lama. Mungkin sebab tak ramai lagi memenuhi server?

Matchmaking pon seminit dua sahaja. Solo agak susah sebab AI sekarang lebih pandai, tetapi kalau masuk lebih seorang nanti mission pon susah sikit. Kalau takde member nak main cari je orang kat matchmaking, confirm settle mission, lagi laju dari Div1 dan game beta lain bebaru ni *uhurminfiniteloadinguhurm*

Penulis rasa Div2 telah betul memperlajukan game ini berbanding dengan Div1 yang makan masa nak load masuk, matchmaking serta TTK terhadap musuh. Tak sedar dah sempat buat banyak mission and activity.

Peta dan Side Mission Yang Lebih Luas

Berlepas dari White House, Agent harus keluar melawan enemy ‘Hyena’ yang control jalanan atau banggunan dan mengambil kembali kawasan jajahan untuk menguatkan base anda.


Terdapat sebanyak 2 main mission dan 5 side mission. Selain dari itu, menerokai open world untuk membuka safe house dan kutip collectibles. Banyak collectibles boleh dikutip sekeliling map seperti ‘Echo’, Phone, crafting materials. Lagi lagi Phone – dia punya dering kuat gila memang tipu la kalau tak jumpa kalau dalam semak semak pon.

Agent boleh ‘terserempak’ dengan aktiviti random seperti ‘hostage’ apabila sedang roaming. Sedih weh ingat boleh la nak selamatkan hostages tu dari di tembak oleh Hyena, sekali kena kitai mati bila respawn dengar notification kata ‘Hostage is we— Hostage is dead”.

Map di Tier 2- Endgame

Dark Zone Tanpa Zoning

Kawasan DZ dalam Div2 lebih kecil dan intim tetapi terpecah 3 kawasan DZ yang berbeza. Di Dalam Div1, DZ di label dengan nombor, Dark Zone 1 – 9 yang kian susah. Berbeza pula dengan Div2  tidak di bahagikan kepada zon di dalam satu kawasan dan mempunyai kepayahan yang sama. Setiap sesi DZ boleh menampung 12 pemain.

East Dark Zone, lanskap Dark Zone mempunyai tumbuhan yang lebat dibandingkan dengan kawasan biasa yang lebih berpaya

Ramai pemain ‘takut’ untuk memasuki DZ sebab nanti di kejar Rogue Agent yang dah OG, demi itu Ubisoft mengenalkan ‘Normalization’ di mana damage dan weapon akan diaras sama dengan semua orang di dalam DZ tersebut mengikut tier level 1-10, 11-20, 21-30.

So, untuk pemain hardcore pula, dari semasa ke semasa akan ada satu DZ yang akan di ‘Occupy’ oleh Black Tusk, di mana Normalization tidak akan diterapkan dan mengekalkan tradisi Div1 friendly fire kembali. Sini lah player hardcore nak try test lenjan build mereka.

Tidak semua barangan di dalam DZ adalah contaminated, ha so ada juga barang yang boleh terus dipakai. Kebiasaan barang yang lebih power akan contaminated. Contaminated loot akan mendapat stat roll pada power level pemain yang extract keluar.

Conflict Mode PvP 4v4 – Skirmish, TDM terbaru

Div2 akan datang dengan mode PvP ‘Conflict’ 4v4 di sebuah kawasan tertutup di dalam DZ. Domination dan Skirmish adalah antara mode yang akan berada di dalam Conflict. Pemain dapat merasa mode terbaru Skirmish, Team Death Match. Setiap kumpulan hanya mempunyai 16 respawn token apabila ditembak mati. Siapa cepat kill dulu, team dia menang!

Extra – Lepak Sebilik Dengan Clan Member

Fungsi ini tidak dibuka di dalam beta tapi akan berada di dalam full game nanti. Kuarters untuk clan member berkumpul berada di dalam Base of Operation. Ha boleh la meet up dengan squad sebelum masuk raid 8 orang.

Beta Yang Solid dan Memuaskan

Akhir kata, private beta ini menunjukan Div2 berasa lebih macam mini demo dan ada gaya ready untuk dilancarkan di pasaran. Div2 berasa lebih kepada kembar Div1 yang tinggal di negeri lain tetapi dengan fasa laju sikit dan cuaca berlainan.

Feeling storyline dia lebih mendalam, dialog antara NPC dan collectible lebih engaging. Tapi overall rasa biasa je takde la yang wow factor sangat yang membuat berasa unik untuk Div2. Gameplay dan taktik berasa lain sebab AI enemy dan ‘cover’ shooter dia lebih sensitive. Tapi for sure, Div2 rasa lebih best dari Div1.

Dalam tempoh bermain selama 8 jam ada lah dalam 3 kali crash. Disebabkan server agak selalu down dan update patch dilancarkan setiap malam, masa pon jadi limited nak main sepuasnya. Namun overall, beta ini seronok untuk dimai-kan saja saja, takde la selalu bengang dengan masalah bug atau loading yang tidak masuk akal.

Ubisoft mengumumkan Open Beta Division 2 akan dilancarkan pada 1 Mac 2019. Dengan memberi peluang untuk level up sampai ke level 7 serta endgame, pemain dapat mengagak jika game ni baloi tak untuk dibeli sebelum 10 Mac 2019 nanti.

Crossbow specialization di dalam endgame

Suka
 +  Loading time dan matchmaking yang laju
 +  TTK lebih efisen, kurang bullet sponge
 +  Penambahan skills dan kawasan untuk ‘reclaim’
 +  Penggunaan NPC yang lebih interaktif
 +  UI yang lebih kemas
 +  Normalisasi DZ lebih mesra kepada pemain kasual dan Occupy DZ untuk ajen hardcore
 +  Photomode dengan kamera yang flexible
 +  PvP Skirmish
 +  3 sample built endfame pada max level

Neutral
 =  Cuaca cerah dan environment lembap berpaya memberi feel yang lain terhadap Division namun masih berasa dalam dunia yang sama
 =  Kurang focus kepada gear talent built
 =  Enemy AI yang lebih bijak

Duka
 –  Server down selalu
   Update setiap malam
 –  Bug hilang bunyi tembakan
 –  Movement nampak kaku sedikit
 –  Render imej lama untuk jadi cantik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.