Battleborn akhirnya membuka pintu open Beta-testing mereka baru-baru ini! Jadi, macam mana – adakah Battleborn berbaloi untuk dibeli nanti? Jom kita baca Suka Duka Beta: Battleborn!

battleborn

Biar kitorang berterus-terang.

Ini mungkin game FPS MOBA (First Person Shooter Multiplayer Online Battle Arena) yang korang tunggu-tunggu. Dan ia juga mungkin tidak langsung memberi pengalaman MOBA yang asli! Bagi melangkaui kejayaan francais Borderlands mereka sebelum ini, Gearbox Software mengambil banyak elemen-elemen dari game lain dan mengadunnya menjadi Battleborn!

Battleborn_Generic

Kombinasi resipi kejayaan Gearbox Software – iaitu art style dan skrip jenaka mereka disertakan dengan elemen MOBA, FPS, RPG, malahan pengaruh dari Fighting Game, menjadikan Battleborn sukar untuk diklasifikasikan! Sebab itu, Gearbox Software sendiri di dalam temuramah mereka bersama Game Informers, sukar menerima tempelan genre MOBA pada Battleborn!

Apa Mode Yang Ada Dalam Beta Battleborn Ini?

Dalam Beta Battleborn ini, Gearbox Software memberikan gamers peluang untuk mencuba 2 mode iaitu Versus; mode PvP (player vs player) dan Story; mode PvE (player vs environment) yang boleh dimainkan solo ataupun berkumpulan. Jom kita tengok apa yang ditampilkan dalam mode-mode ini.

Battleborn Open Beta_20160415223745

Mode Story

Tidak seperti Overwatch yang hanya boleh dimainkan secara PvP, Battleborn menampilkan gameplay PvE melalui mode Story! Terdapat dua mission yang boleh dimainkan, The Void’s Edge dan The Algorithm – masing-masing dengan unlockable areas, gerombolan musuh, miniboss dan boss yang perlu dihadapi.

Battleborn Open Beta_20160415210759

Kitorang terhibur dengan skrip yang ditampilkan melalui voiceover dan dialog kelakar yang diucapkan setiap karakter semasa mission. Mechanics gameplay terasa mantap dan setiap area memberikan cabaran yang pelbagai dan tidak terasa grinding! Untuk mencapai sesetengah area ataupun meng-unlock progress mission berikutnya, kerjasama di antara ahli pasukan sangatlah diperlukan – melainkan korang bermain solo.

Battleborn Story 01

Mode Versus

Bagi gameplay PvP Versus pula, Beta ini memberikan dua pilihan gameplay iaitu Incursion dan Meltdown.

Incursion adalah gameplay yang sering dibandingkan dengan game MOBA lain seperti Defense of the Ancients (DotA) dan League of Legends (LoL). Ianya menampilkan ciri-ciri MOBA seperti Lane, Throne Defense, Item Purchase, dan juga Skill dan Ultimate yang boleh di-unlock sepanjang perjalanan gameplay!

Battleborn Open Beta_20160415230301

Dalam gameplay Incursion, korang perlu memusnahkan dua robot sentry (throne) pihak lawan. Bagi memudahkan kerja, korang perlulah mengiringi minions korang merentasi lane yang seterusnya boleh membantu korang memusnahkan shield sentry tersebut. Lebih mencemaskan, pihak lawan juga akan cuba memusnahkan sentry korang! Jom layan gameplay Incursion ini dalam video di bawah:

Meltdown pula adalah gameplay yang memerlukan korang mengorbankan minions korang! Lagi banyak minions yang boleh korang korbankan kepada Grinder Minion Altar, lagi cepat korang menang!

Battleborn Open Beta_20160415233526

Dalam gameplay ini, peta terbahagi kepada dua lane dengan Grinder masing-masing. Korang kene mengiringi minions korang, dan melindungi mereka sehinggalah mereka sampai ke Grinder! Setiap minions yang di’kunyah’ Grinder ini, akan memberi markah kepada pasukan korang! Jom tengok gameplay Meltdown ini di bawah:

Apa Yang Best Sangat Dalam Beta Battleborn Ini?

Kitorang sangat tertarik dengan heroes yang ada dalam Battleborn. Setiap daripada mereka memiliki rupa bentuk yang unik, personaliti dan backstory yang cukup terperinci serta skill dan senjata yang pelbagai!

Heroes Battleborn

Disertakan lagi dengan skrip dari Gearbox Software, setiap karakter ini pasti akan menarik minat korang untuk dicuba. Pakailah karakter yang bersenapang, berpistol, berpedang, berkuasa sihir, berbusur, atau bercakar- pasti korang akan menemui karakter yang sesuai dengan gameplay kegemaran korang.

Battleborn Helix

Lebih menarik adalah levelling system yang ditampilkan melalui Helix System. Korang akan memulakan game dengan karakter yang basic, dan sepanjang gameplay sesebuah mission atau mode itu, korang akan unlock kebolehan di dalam skill tree ataupun Helix System! Lagi banyak korang bunuh/musnah, lagi cepat korang akan unlock kebolehan dalam Helix System korang.

Jadi, Apa Pendapat Kami Tentang Open Beta Ini?

Battleborn versi Beta ini menampilkan mechanics gameplay yang seimbang, rekabentuk karakter dan weapon balancing yang kemas, levelling system yang mudah tetapi berkesan serta backstory yang agak menarik.

Walaubagaimanapun oleh kerana ianya masih di dalam versi Beta, kami masih tertanya-tanya samada story dan game mode yang lain akan membawa pembaharuan kepada genre FPS MOBA ataupun mula dikenali sebagai genre heroes shooter ini. Content yang lebih banyak diperlukan untuk menilai samada Battleborn akan mencorakkan genre ini nanti selain daripada pesaing mereka Overwatch dan Paragon – game yang juga diinspirasikan daripada genre MOBA.

Bukan MOBA yang asli. Lebih kepada MOBA yang diadaptasi.
Sukar bagi pemain MOBA yang biasa dengan top-view untuk bermain first-person shooter (FPS).
Framerate ditetapkan pada 30fps. Framerate drop yang ketara ketika aksi terlalu sengit!
Netcode yang sedikit tidak stabil. Capaian Internet Malaysia mungkin turut menyumbang kepada isu ini.
Rona warna universe Battleborn yang agak terang dan berwarna-warni. Mungkin tidak digemari sebahagian gamers.

+ Menampilkan Story mode – tidak seperti Overwatch!
+ Sistem levelling yang mantap melalui Helix System.
+ Sistem pembelian item yang tidak terlalu rumit.
+ Sistem pembelian dan upgrade defense structures seperti turret membawa permainan strategik.
+ Throne (sentry) yang boleh bergerak, defend dan attack – berbeza dari throne MOBA dalam DotA dan LoL.
+ Konfigurasi butang yang sama dengan kebanyakan game FPS lain – mudah bagi penggemar FPS untuk cuba bermain.
+ Recoil senjata yang tidak terlalu ketara – mudah bagi mereka yang baru bermain FPS.
+ Rekabentuk karakter yang unik dan berpersonaliti.
+ Mission dalam Story mode menampilkan mechanics gameplay yang berbeza lagi tidak membosankan.
+ Jika korang disconnected (DC), korang akan ada option untuk join semula sesi game sebelumnya! Markah yang dikumpul sebelum DC masih dikira!

 

1 komen

JomKomen!