in ,

Suicide Squad: Special Ops: Jom Jadi Anti-Hero Dalam Game Mobile iOS Dan Android Ini!

Movie Suicide Squad yang bakal keluar pada Ogos 5 nanti telah mendapat mobile game Suicide Squad: Special Ops! Jom squad up!

IMG_2708

Warner Bros Pictures seolah-olah berjaya menghasilkan game mobile FPS yang menggunakan touchscreen smart phone. Daripada game ini, kita dapat lihat apa ceritanya movie Suicide Squad ini nanti. Gameplay-nya pula adalah “Wave Stage” seperti Call of Duty “Zombie Mode” yang memerlukan players untuk survive serangan musuh yang melanda.

IMG_2711

Game ini mempunyai tiga starter character iaitu Deadshot, El Diablo dan Harley Quinn (favourite penulis). Bagi yang tak tahu, Suicide Squad ini adalah kumpulan rogue supers yang dikerah/diperas-ugut oleh Amanda Waller, ketua ARGOS – untuk menggunakan kuasa mereka di dalam kegiatan Black Ops kerajaan.

IMG_2709

Setiap character mempunyai skil tersendiri dan skill special mereka.

IMG_2721

Deadshot Menggunakan Assault Rifle yang mempunyai limited ammo supply dan mini gun ditangannya yang mempunyai infinite ammo. Special attack-nya pula adalah focus shooting yang membuat Deadshot melihat targetnya dengan lebih jelas dan tembak mereka dengan lebih tepat.

IMG_2722

Harley Quinn mempunyai baseball bat dan revolver. Special attack-nya pula adalah mengetuk targetnya sekali dengan padu dan dapat membunuh mereka one shot.

IMG_2723

El Diablo mempunya skil yang sangat useful kalau nak buat BBQ. Api yang keluar daripada tangan atau badannya mempunyai ammo yang infinite. Special attack-nya pula mengeluarkan satu letupan seperti mini nuklear disekelilingnya.

IMG_2717IMG_2715Game ini mempunyai stage yang berbeza dan setiap stage akan mengandungi supply drops yang membolehkan player upgrade diri sendiri. Setiap Wave yang selesai akan membuka tempat/stage yang baru untuk dimainkan.

IMG_2719

Players mungkin akan rasa bosan sebab hanya dapat gunakan tiga character sahaja. Kalau diorang tambah lebih banyak characters dengan update semasa movie Suicide Squad ini dilancarkan – memang awesome!

Game ni boleh dimainkan apabila kebosanan melanda sebab tiada unsur-unsur MMO, tak perlu ada internet pun, tetapi ada leaderboard untuk lihat markah siapa lagi tinggi untuk game ini (jikalau ada internet). Main selagi korang boleh survive dan kumpul markah tertinggi!

Download sekarang bagi platform iOS dan Android.

Written by Amirul ProtoBlade

Guest-writer di JomGaming.my ini sedang mengenali dunia journalism. Peminat dunia Dota 2. Beliau seorang player yang mengambil role carry(main) dan support(jika perlu). Steam ID: Protoblade

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Konsol Handheld “Xboy Pernah Dicadangkan Banyak Kali” Kata Bekas Kakitangan Xbox!

DotA 2: Isu Visa Menghantui Pemain DotA! Kali Ini LGD Terima Padah.