in , , , ,

Suicide Squad: Kill The Justice League Menampilkan Batman Yang Disuarakan Oleh Mendiang Kevin Conroy

Suicide Squad: Kill The Justice League memfokuskan kepada kumpulan penjahat yang menentang Justice League.

Dalam trailer baru-baru ini yang didedahkan di The Game Awards memaparkan watak Batman yang disuarakan oleh mendiang Kevin Conroy -individu bertanggungjawab melakonkan suara ikonik Batman yang melangkaui siri dan filem animasi serta video game.

Trailer itu memaparkan Suicide Squad yang sedang menjalankan misi untuk menumpaskan Justice League yang telah korup. Trailer itu mendedahkan tarikh pelancaran untuk Suicide Squad: Kill The Justice League iaitu pada 26 Mei tahun hadapan.

Mendiang Kevin Conroy melakonkan suara watak Batman dalam Batman: The Animated Series pada tahun 1990. Beliau kemudian melakonkan suara pada beberapa watak dalam beberapa buah filem animasi dan video game termasuklah siri Batman Arkham.

Kevin Conroy meninggal dunia pada 10 November 2022.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Bos Xbox Kata Sony Mahu Membesar Dengan Menjadikan Xbox Lebih Kecil

Ada Cameo Dari Game Insomniac Dalam Trailer Terbaru Spider-Man: Across the Spider-Verse