in ,

Sucker Punch Kini Mencari Penulis Yang Minat Sejarah Feudal Jepun – Untuk Sekuel Ghost of Tsushima?

Sucker Punch pada ketika ini masih belum mengumumkan apakah projek mereka seterusnya. Namun, daripada tawaran kerja yang sedang dibuka, mereka mungkin sudah mula memulakan persiapan untuk sekuel (atau yang berkaitan) kepada Ghost of Tsushima.

Di laman web pencarian kerja Sucker Punch, mereka sedang membuka jawatan Penulis Naratif. Ciri-ciri penulis yang mereka cari adalah yang “mahu untuk menulis cerita berlatarbelakangkan feudal Jepun”. Lebih baik sekiranya penulis tersebut mempunyai “pengetahuan dalam sejarah feudal Jepun”.

Bagi yang sudah menghabiskan Ghost of Tsushima, boleh kita katakan yang penamat game ini tidaklah tergantung. Namun, melihat bagaimana tingginya pujian yang diterima oleh para pengkritik dan peminat, tentunya mereka ingin membangunkan sekuelnya atau sesuatu yang berkaitan dalam dunia tersebut.

Ghost of Tsushima kini boleh dimainkan di PS4.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Ubisoft Akan Menyokong Cross-Play, Cross-Progression Melalui Ubisoft Connect Untuk Semua Platform

Ini Gambar Pertama Tom Holland Sebagai Nathan Drake Dalam Filem Uncharted