Psyonix, pembangunan game Rocket League, kini telah telah diambilalih oleh Epic Games, umum studio pembangunan game tersebut dalam satu kenyataan.

Urus niaga tersebut dijadualkan selesai pada awal Jun nanti. Ini kata Psyonix mengenai pengambilalihan ini:

“Rocket League telah dan akan sentiasa menjadi sebuah game yang didorong oleh komuniti, dan kini kami telah bersatu dengan Epic, kami mampu melayan komuniti kami dalam skala yang lebih besar dan lebih baik.”

“Dalam jangka masa pendek, tiada apa yang akan berubah. Kami masih lagi komited untuk menyediakan Rocket League dengan kemaskini kerap yang membawakan fungsi baru, kandungan baru, dan cara baru untuk bermain. Dalam jangka masa panjang, kami akan bawakan Rocket League ke Epic Games Store dan kuatkan hubungan baru ini untuk mengembangkan game ini melalui cara yang kami tidak mampu lakukannya sebelum ini.”

“Kami yakin dengan membawakan Rocket League kepada para pemain baru dengan lebih sokongan adalah satu kelebihan untuk semua.”

Untuk platform PC, Rocket League akan menngembangkannya juga Epic Games Store, yang mana dijangka akan dilancarkan pada akhir tahun ini. Walau bagaimanapun, jangan bimbang, ia akan masih terus mendapat sokongan di Steam.

JomKomen!