Studio pembangun Guerrilla Games, dilaporkan telah melantik dua bekas pembangun Rainbow Six Siege untuk sebuah projek rahsia.

Dalam diam, studio yang berpangkalan di Amsterdam, Belanda itu telah melantik Simon Larouche sejak Februari lalu. Larouche pada mulanya telah menghabiskan tiga tahun di Guerrilla dalam membangunkan Killzone 2, sebelum berpindah ke Ubisoft memagang tugas sebagai pengarah game Rainbow Six Siege. Kini, sudah beberapa bulan, beliau telah kembali ke Guerrilla untuk satu projek yang masih dirahsiakan.

Seorang lagi bekas pembangun Rainbow Six Siege yang menyertai beliau ialah Chris Lee, yang mana kini memegang tugas sebagai Principal Game Designer di Guerrilla.

Banyak spekulasi telah muncul apabila projek rahsia ini telah diketahui umum. Apakah Guerrilla akan menampilkan multiplayer dalam sekuel kepada Horizon Zero Dawn? Atau mereka akan mengembalikan francais Killzone? Atau mereka sedang membangunkan sebuah IP game multiplayer baru?

Tiada apa yang boleh kita buat sekarang selain menunggu pengumuman daripada Guerrilla.

Sumber: Push Square

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.